Sebelum ini Real Madrid mengumumkan bahawa pemain tengah mereka, Luka Modric cedera di hamstring.
Baca Juga:
- Modric Gembira Tengok Bunga Api Di Croatia Dan Mahu Terus Mewakili Negaranya
- Masih Mampu Pamer Aksi Terbaik, Modric Kongsi Rutin Hariannya
- Luka Modric: “Media Dan Orang Inggeris Angkuh”
Dan kebiasaannya kecederaan seperti itu akan memakan masa sekurang-kurangnya sekitar 2 minggu untuk pulih.
Lebih lebih lagi Luka Modric sudah berusia 37 tahun.
Real Madrid mengesahkan pada 28 April lalu, pemain veteran itu terpaksa balik awal daripada pusat latihan kerana kecederaan.
Namun apa yang berlaku, hanya beberapa hari selepas kekalahan di tangan Real Sociedad, Luka Modrid diumumkan cergas untuk aksi seterusnya.
Di mana Real Madrid akan berhadapan Osasuna dalam aksi final Copa Del Rey.
Ramai peminat yang beranggapan bahawa Real Madrid memalsukan kecederaan Luka Modric.
Ada yang menganggap tindakan ini sebagai perisai siap siap jika pasukan mereka kalah. Dan perhatian media tidak akan terlalu sensasi ke atas Madrid.
They definitely fake 90% of these so they can play fully rotated lineups without the media cooking them if they lose https://t.co/srMKSkM9pY
— Baldiola 🏆🏆🏆 (@TeacherOfBall) May 2, 2023
Seorang lagi netizen kehairanan, bagaimana Modric boleh sembuh lebih awal daripada pemain yang cuma merasai kesakitan di kaki.
So a person with a hamstring injury returns faster than someone who has discomfort in his foot😭😭modric didn’t even take a week to return this is so fake
— S🤩 (@MCFCSOSA) May 4, 2023
Walau apa sahaja tuduhan ke atas Real Madrid, media AS pula percaya bahawa keajaiban itu boleh berlaku.
Dan salah satu daripadanya adalah berlaku pada Luka Modric. Di mana Luka Modric pulih tak sampai dua minggu daripada kecederaan hamstring ketika pasukannya benar benar memerlukannya.
Sometimes, miracles do happen. #Modric #RealMadrid #CopaDelRey #soccer #football https://t.co/lvUds3pyg0
— AS USA (@English_AS) May 4, 2023
Lama Madrid Xtra turut pecah kepala memikirkan keajaiban yang berlaku pada Modric.
– Friday, 28/04: hamstring injury confirmed.
– Today: back in full training.
Luka Modrić. 🤯 pic.twitter.com/MvT8AI7z5R
— Madrid Xtra (@MadridXtra) May 4, 2023
Ini juga akan menambahkan lagi kekuatan Real Madrid untuk aksi separuh akhir Liga Juara Juara Eropah berhadapan Manchester City.