Aksi Liga Super 2022 diantara Selangor menentang Sri Pahang di Petaling Jaya malam ini dijangka menjadi tumpuan peminat bola sepak tempatan apatah lagi kedua-dua pasukan kini terdesak untuk memburu tiga penuh bagi memperbaiki kedudukan masing-masing.
Tok Gajah hadir dengan keyakinan tinggi setelah berjaya melakar kemenangan sulung musim ini dengan menewaskan Penang 3-1 minggu lalu.
Namun, ketua jurulatih Sri Pahang, Christophe Gamel mahu pemainnya berwaspada terhadap ancaman Selangor yang pastinya mahu bangkit setelah tewas buat pertama kali kepada Terengganu.
“Kemenangan ke atas Penang meredakan tekanan tetapi ia sudah menjadi satu sejarah, kita kini perlu melihat ke depan, perbaiki apa yang patut untuk pastikan momentum kemenangan dapat diteruskan.
“Selangor sentiasa menjadi pasukan yang liat dan sukar untuk kita tewaskan, dibarisi pemain-pemain berkualiti dan mereka ibarat gergasi terluka, sudah tentu mereka lebih membara untuk menang dalam aksi Jumaat ini setelah tewas buat pertama kali dalam aksi terdahulu.
“Walaupun moral dan motivasi pemain cukup hebat tetapi saya sentiasa mengingatkan mereka supaya tidak terbuai, kita belum berada dalam zon selesa. Kita boleh terhukum dengan kesilapan-kesilapan kecil.
“Kita juga akan bermain di tempat lawan pertama kali selepas tiga perlawanan di Kuantan, kita tahu Selangor ada kumpulan penyokong yang hebat jadi kekuatan mental adalah satu aspek penting yang sangat perlu ditekankan,” ujar Gamel kepada sripahangfc.com.my.
Awayday! 🚌
🕐 10.00 p.m
🏟️ Stadium MBPJ
📺 Unifi Sports 3 | PlayTV Unifi | Youtube#WhereLegendsAreBorn #extrajossmalaysia #hakkaclo #PosMalaysia pic.twitter.com/t3Lhwkg9Co— Sri Pahang FC (@OfficialPahang) April 29, 2022
Berdasarkan rekod perlawanan, Tok Gajah masih gagal menewaskan skuad bimbingan Michael Feichtenbeiner itu dalam enam pertemuan terakhir. Kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu di Stadium Darulmakmur pada tahun lalu menyaksikan perlawanan berkesudahan seri 2-2.
Sementara itu, kapten Selangor, Brendan Gan masih belum pasti dapat diturunkan kerana dia harus memberi tumpuan kepada rawatan pemulihan penyakit kanser. Semangat ingin membantu rakan sepasukan sentiasa membuak-buak dan berharap pasukannya dapat menewaskan Sri Pahang malam ini.
“Saya pun tidak tahu bila boleh kembali beraksi bersama Selangor FC namun percaya perkara itu sering menjadi keutamaan kerana mahu kembali membantu skuad Gergasi Merah mencipta kejayaan.
“Ketika ini, saya menjalani latihan ringan dan sentiasa mendapatkan nasihat daripada pakar untuk pastikan kembali pulih daripada kanser,” katanya dalam Harian Metro.
Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia musim ini melalui pautan dibawah.
Herold Goulon Dipilih Sebagai Pemain Paling Menyerlah Dalam Liga Super Minggu Ke-6
Berusia 41 Tahun, Amri Yahyah Tiada Masalah Ledak Hatrik Bantu Sabah ‘Tibai’ Kedah 4-0
CEO Terengganu FC Terkilan MFL Ubah Jadual Tanpa Berbincang Dengan Rakan Kongsi
Ultras Dan Kelab Penyokong Kedah Terima Dana Daripada KFA Beli Peralatan Muzik