Semalam skuad England mencatat kemenangan bergaya 5-0 ke atas pasukan di ranking terbawah FIFA, San Marino dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2022 zon eropah di Stadium Wembley.
Paling mengejutkan, San Marino hanya menyenaraikan 3 pemain profesional dan selebihnya merupakan pekerja separuh masa. Ada diantara mereka bekerja sebagai pereka grafik, Doktor gigi dan juga penjual kereta.
Mempunyai populasi 33,000 penduduk dan berada di ranking 210 dunia, San Marino hanya mempunyai Liga Amatur dan mereka sering menjadi pasukan belasahan di peringkat antarabangsa.
Malah, sebelum bertemu England, para pemain separuh masa ini tidak beraksi dalam perlawanan kompetitif selama beberapa bulan kerana penularan wabak COVID-19 yang mengakibatkan saingan liga di negara itu terpaksa ditangguhkan.
“Kami hanya mula berlatih pada bulan lepas. Kami masih jauh dari keadaan terbaik kami dan lebih jauh daripada apa yang dicapai oleh pemain Liga Perdana Inggeris. Ianya sangat sukar.
“Tetapi impian untuk bermain menentang pasukan hebat menjadi kenyataan. Sasaran kita adalah untuk memasuki padang dan tidak kalah dengan jumlah jaringan yang besar,” kata jurulatih San Marino, Franco Varella.
FT: We may have lost, but two years ago our nation had 66 points more than England had in the Eurovision 2019, so now we’re even. #engSMR
— San Marino fan account (@SanMarino_FA) March 25, 2021
Penyerang San Marino, Vitaioli yang bekerja sebagai pereka grafik menyifatkan bermain menentang England ibarat mimpi jadi kenyataan.
“Kami sekarang berada di atas padang bersama pemain bintang yang selalu kami menonton di kaca TV. Bola sepak merupakan impian rakyat San Marino,” katanya.
Sementara itu, pemain tengah veteran, Mirko Palazzi menjelaskan bermain untuk pasukan negara merupakan kenangan yang paling indah walaupun kebanyakan masa mereka banyak dihabiskan untuk bekerja di pejabat.
“Beraksi di Stadium Wembley merupakan detik-detik paling membanggakan dalam hidup kami. Kami pernah menentang banyak pasukan kuat seperti Spain dan Jerman yang dibarisi oleh ramai pemain profesional.
“Kami cuba menjadi seprofesional mungkin walaupun kami bukan pemain profesional dan merupakan pekerja biasa. Tetapi apabila pemain San Marino mengakhiri karier mereka, kenangan terindah adalah daripada pasukan kebangsaan, bermain di stadium yang hebat.
“Saya sudah bermain di Wembley sebanyak tiga kali dan ianya sangat luar biasa,” katanya dipetik dalam Mirror UK.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak eropah melalui pautan dibawah.
Jesse Lingard Dedah Individu Penting Di Sebalik Kebangkitannya
Ferdinand Kritik Layanan Ke Atas Van De Beek: “Kenapa Beli Dia?”
Obi Mikel Kongsi Detik Chelsea Bengang Dengan Pengadil Pada 2009