Aksi Barcelona dan Chelsea pada 2009, adalah satu aksi yang dihiasi dengan kontroversi pengadilan.

Walaupun selepas 12 tahun, perlawanan itu masih kekal diingati sebagai perlawanan yang dianggap sebagai antara yang paling kontroversi dalam sejarah.

John Obi Mikel berkongsi kembali detik kekecewaan pemain Chelsea ketika itu.

Chelsea mengalu alukan kedatangan Barcelona ke Stamford Bridge. Jika lepas, mereka akan ke final. Segalanya bermula baik buat Chelsea. Michael Essien menjaringkan gol screamer hanya selepas 9 minit perlawanan.

Namun segalanya jadi serba tak kena. Chelsea dinafikan penalti mereka beberapa kali oleh pengadil Tom Ovrebo.

Selepas tamat perlawanan, Drogba mengamuk dan menunjukkan aksi ikonik dengan menjerit ‘disgrace’ di hadapan kamera.

https://twitter.com/FlaShBloGLive/status/1374689243671367680

Mikel yang hanya menjadi pemain simpanan tak bermain pada hari itu bertaka:

“Keadaan menjadi kecoh di terowong dan bilik persalinan. Botol botol dan objek lain beterbangan. Meja dipecahkan, semua orang menjerit dan berteriak.”

“Nak ingatkan kamu, itu perkara biasa di bilik persalinan kalau Chelsea kalah pada masa itu. Tak tahulah sekarang. Cuma, masa tu kekalahan tidak boleh diterima. Namun ianya memang malam yang sudah gila.”

“Drogba hilang kewarasannya di atas padang dan terbawa ke dalam bilik persalinan.”

Pemain pemain Chelsea bengang dengan pengadil yang menurut mereka menafikan peluang mereka ke final.

Barcelona menang UCL musim itu, dengan menewaskan Man United 2-0 dalam aksi final.

Baca juga perkembangan lain

Turki Kejutkan Belanda 4-2, Burak Yilmaz Hatrik

Mino Raiola Buat Perangai Lagi, AC Milan Mulakan Pencarian Penjaga Gol Baharu

Bale Sertai Spurs Hanya Untuk Kecergasan Sahaja, Membuatkan Penyokong Terguris Mendengarnya