Muangthong United sekali lagi kecewa dalam usaha mereka untuk mendapatkan pemain bintang apabila baru-baru ini Samut Prakarn City dikhabarkan enggan menjual pemain mereka, Jaroensak Wonggorn ke bekas juara Thai League 1 itu.
Menurut laporan media tempatan, Muangthong menawarkan ฿35 Juta atau RM4.8 Juta kepada Samut Prakarn bagi mendapatkan pemain skuad B-23 Tahun Thailand itu. Namun, Samut Prakarn enggan menjual Jaroensak kerana pemain itu berada dalam perancangan jangka panjang kelab.
Samut Prakarn mempunyai sasaran iaitu menjadi antara kelab yang pencabar kejuaraan dalam saingan Thai League 1 dan mereka mahu pemain berusia 23 tahun itu menjadi arkitek utama dalam meraih sasaran tersebut.
Musim lalu, Jaroensak membantu Samut Prakarn City menamatkan saingan T1 di tangga keenam, sekaligus membuatkan mereka mengatur strategi bagi berada di tahap kelab elit Thailand seperti Buriram United, BG Pathum United dan Port FC.
Sebelum ini, Muangthong cuba menandatangani seorang lagi pemain muda meningkat naik Thailand, Ekanit Panya dari Chiangrai United. Namun, bidaan sebanyak RM7.4 Juta ditolak oleh Chiangrai sambil menegaskan mereka hanya menjual Ekanit kepada kelab luar negara.
Baca artikel lain mengenai Muangthong United di sini:
Chiangrai United Tolak Bidaan Sebanyak RM7.4 Juta Dari Muangthong United Untuk Dapatkan Ekanit Panya
SCG Muangthong United Raih RM82.8 Juta Hasil Yuran Perpindahan Dalam 4 Musim Terkini
Muangthong United Buru Khidmat Pemain Indonesia, Febri Hariyadi