Kelab gergasi Thailand, Muangthong United mengejutkan para peminat bola sepak di Asia Tenggara apabila dilaporkan berminat untuk membawa masuk pemain sayap Persib Bandung, Febri Hariyadi yang juga merupakan anggota skuad kebangsaan Indonesia.
Perkembangan itu disahkan melalui laporan daripada media sukan Thailand, SMM Sport yang menyebut Muangthong sudah pun berunding dengan Persib Bandung untuk memperkuatkan kelab itu mengharungi saingan Thai League 1 yang akan kembali pada bulan September 2020.
“Muangthong United sedang merancang untuk membawa masuk Febri Hariyadi dari Persib Bandung. Semuanya sedang dalam proses rundingan, kami turut membawa video gaya permainan pemain itu untuk dinilai,” tulis SMM Sport.
Muangthong baru-baru ini telah menjual dua tonggak utama ke kelab BG Pathum United dan Port FC. Mereka juga masih memiliki satu lagi slot pemain import Asia Tenggara untuk diisi selain Daisuke Sato (Filipina) dan Dang Van Lam (Vietnam).
“Muangthong United sedang mencari pemain baru untuk memenuhi sasaran mereka berada dalam kelompok 5 teratas liga.
“Baru-baru ini, ada minat terhadap Febri Hariyadi dari Persib Bandung untuk mengisi kuota ASEAN. Rundingan berada di peringkat akhir dan berharap akan ada keputusan,” lanjut media tersebut.
Persib’s 🇮🇩 international winger Febri Hariyadi is being linked with a move to Muang Thong United 🇹🇭
— Paulmurphy (@PaulmurphyBKK) May 31, 2020
Jika Febri disahkan menyertai Muangthong United, Indonesia akan memiliki dua pemain yang beraksi dalam Liga Thailand selepas Yanto Basna yang bermain untuk PT Prachuap FC.
Pemain yang berusia 24 tahun itu pernah dikaitkan dengan pasukan Liga Super iaitu Pahang bagi menggantikan tempat Saddil Ramdani pada awal musim ini, namun perpindahan itu tidak menjadi kenyataan.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia Tenggara melalui pautan dibawah.
Park Hang-seo Mula Gelisah Menyaksikan Ketumpulan Penyerang Skuad Kebangsaan Vietnam
“Diogo Mungkin Akan Dapat Kerakyatan Thailand Pada Umur 45 Tahun Jika Proses Itu Berlaku Sekarang”