Kelab SCG Muangthong United dilaporkan telah berjaya meraih pendapatan lumayan hasil dari penjualan pemain-pemain mereka terutamanya dalam 4 musim terkini dari 2017 hingga 2020.

Menurut sebuah video yang dikeluarkan oleh Thairath semalam, SCG Muangthong United dianggarkan telah menerima THB607.59 juta atau RM82.8 juta dalam tempoh tersebut dan jika diambil secara purata, mereka telah meraih sekitar RM20.7 juta setahun hasil perpindahan keluar pemain mereka ke pasukan lain.

101189845_284636522705620_5694430476131893248_n

Mengikut video yang diterbitkan, berikut adalah hasil yang berjaya dituai setiap tahun selepas perpindahan pemain mereka;

  • Musim 2017: THB159.21 juta (RM21,696,636)
  • Musim 2018: THB134.09 juta (RM18,273,362)
  • Musim 2019: THB149.14 juta (RM20,323,935)
  • Musim 2020: THB165.15 juta (RM22,505,685)

Video itu juga memberi perincian berkenaan perpindahan yang berlaku dalam tempoh 4 musim itu dan ada sekitar 20 perpindahan yang telah berjaya menghasilkan THB607.59 juta atau RM82.8 juta dalam tempoh tersebut.

Secara kasar hampir RM100 juta terhasil dari jual beli pemain dan itu masih tidak termasuk jumlah penajaan dan wang agihan yang diterima oleh kelab serta lain-lain pendapatan.

Jadi, ini adalah diantara faktor mengapa kelab mereka lebih sustainable dan jarang isu tunggakan gaji berlaku terutama kelab yang berstatus profesional yang beraksi dalam divisyen tertinggi liga bola sepak Thailand.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami sediakan untuk anda.

ASEANFootball: Perpindahan Mohamadou Sumareh Ke JDT Bakal Jadi Kenyataan Hujung Tahun Ini.

Park Hang-seo Mula Gelisah Menyaksikan Ketumpulan Penyerang Skuad Kebangsaan Vietnam

Pemilik Koleksi Eksklusif Mercurial R9 Ini Menang Bidaan Akhir ‘Boot Matchworn’ Chanathip Songkrasin Bernilai RM23,231

Sumber