Selepas 5 hari lelongan kasut bola ‘matchworn’ Chanathip Songkrasin dimulakan, akhirnya ia telah berjaya terjual dengan harga THB170,000 atau sekitar RM23,231 apabila tempoh lelongan tamat pada jam 4 petang waktu Malaysia.

Semua hasil lelongan itu akan diserahkan kepada Thai Red Cross untuk digunakan ketika melakukan aktiviti serta membantu mereka yang memerlukan.

Pengumuman keputusan hasil lelongan itu telah dibuat oleh laman sosial Facebook rasmi Mizuno Thailand, dan pemenang lelongan itu yang dikatakan seorang pemilik kedai sukan bakal menjadikan kasut itu sebagai bahan pameran yang unik dikedai beliau.

Gunt Tansuwannarat atau lebih dikenali sebagai Gunt22 dilaman sosial sebenarnya merupakan salah seorang collector kasut bola di Thailand dan beliau juga memiliki lebih 100 pasang kasut bola ketika ini.

Dalam satu temu bual yang dibuat oleh sebuah laman web UrbanPitch baru-baru ini, Gunt22 telah mendedahkan 4 pasang koleksi kasut bola paling rare yang dimilikinya.

4 pasang kasut tersebut merupakan koleksi terhad dan ada diantaranya hanya dihasilkan kurang dari 10 pasang sahaja di dunia.

100810888_2949825598436622_1662473993652797440_n

Diantara koleksi kasut bola yang rare itu adalah seperti berikut;

  1. Nike Mercurial Vapor IX (MVXV) R9 Chrome. 15 pasang sahaja dihasilkan.

2) Adidas F50 AdiZero. 6 pasang sahaja dihasilkan sempena pemenang kasut emas Piala Dunia 2014 – James Rodriguez, 6 gol.

3) Kasut terakhir yang dipakai oleh Steven Gerrard beraksi untuk Liverpool. Dikatakan hanya ada 10 pasang sahaja dihasilkan dimana 2 daripadanya dimiliki oleh Steven Gerrard sendiri.

Menurut Gunt22, ada sepasang dari kasut ini pernah terjual pada harga £40,000 atau RM214,784!

4) “It Must be the Mercurial,” dan kasut ini dikatakan hanya ada sepasang sahaja dalam dunia.

Gunt22 menjelaskan bahawa Nike menghasilkan kasut ini sempena untuk meraikan pemenang kasut emas Piala Dunia 2018.

Mungkin dapat kita fahami dan bersetuju bahawa kasut Chanathip Songkrasin itu sebenarnya telah sampai dan menjadi milik orang yang sebetulnya.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami sediakan untuk anda.

“Diogo Mungkin Akan Dapat Kerakyatan Thailand Pada Umur 45 Tahun Jika Proses Itu Berlaku Sekarang”

Benarkah Vissel Kobe Catatkan Keuntungan RM462.78 Juta? Ini Kisah Sebenar Untuk Kita Lebih Faham

Stephan Schrock: “Bola Sepak Hanya 3 Jam Sehari, Baki 21 Jam Lagi Adalah Mengenai Kehidupan”