Juara bertahan saingan Thai League 1, Chiangrai United menolak bidaan sebanyak RM7.4 Juta daripada Muangthong United untuk mendapatkan khidmat pemain muda, Ekanit Panya.
Menurut laporan Siam Sports, baru-baru ini Muangthong menghubungi Chiangrai bagi mendapatkan khidmat Ekanit serta menawarkan harga perpindahan yang sedia dibayar oleh bekas juara Thai League 1 itu.
EXCLUSIVE : ไปต่างแดนเท่านั้น! บิ๊กฮั่น ปัดเงิน55ล้านดีลกิเลน #เอกนิษฐ์ #GoalThailand #ฟุตบอลไทย #ไทยลีก #โตโยต้าไทยลีก #CRUTD🦗 #MTUTD🐲 https://t.co/VjVS54sA42
— GOAL Thailand (@Goal_TH) June 8, 2020
Akan tetapi, Goal Thailand melaporkan presiden Chiangrai, Mittitiya Phairat menolak tawaran tersebut dan menyatakan pihak kelab hanya melepaskan Ekanit kepada kelab luar negara sahaja.
“Muangthong ada menghubungi kami. Mereka menawarkan harga seperti yang tertulis dalam berita. Tetapi kami telah menolak tawaran tersebut.
“Jika kami mahu melepaskan Ekanit Panya, kami hanya akan melakukan perkara tersebut kepada kelab dari luar negara sahaja,” kata Mittiya.
Setelah membantu Chiangrai memenangi Thai League 1 musim lalu, beberapa pasukan berminat untuk mendapatkan khidmat Ekanit.
Selain itu, pemain berusia 20 tahun itu turut menjadi pilihan pengendali skuad kebangsaan Thailand, Akira Nishino bagi mengisi posisi sayap kiri dalam kesebelasan utama.
Baca artikel lain mengenai pemain muda skuad kebangsaan Thailand di sini:
Supachok Sarachat dan Suphanat Mueanta Mahu Ikut Jejak Langkah Chanathip Songkrasin
Piyapong: Suphanat Mueanta Lebih Bagus Dari Teerasil Dangda, Wajib Dalam Kesebelasan Utama Thailand