Bintang Liverpool, Mohamed Salah telah disahkan positif COVID-19.
FA Mesir mengesahkan berita itu melalui akaun Twitter rasmi mereka pada hari Jumaat.
“Salah dijangkiti virus Corona,” tegas FA Mesir menerusi kenyataan ringkasnya.
“Saringan swab pertama yang dilakukan dalam misi pasukan bola sepak kebangsaan kami menunjukkan bahawa pemain antarabangsa kami, Mohamed Salah, bintang Liverpool, dijangkiti virus Corona, setelah ujiannya positif , walaupun dia tidak menderita sebarang gejala. Namun ahli pasukan lain adalah negatif. ”
Salah kini bakal terlepas aksi Liverpool berdepan dengan Leicester City (21 November) dan Atalanta (25 November).
🔴 📷 | بالصور: استعدادات الفراعنة تتواصل ومران اليوم كامل العدد بحضور النجوم المحترفين صلاح والنني وتريزيجيه وكوكا، استعدادا لمواجهتي توجو بالتصفيات المؤهلة لكأس الأمم الأفريقية بالكاميرون ….. ⬇️⬇️#EFA pic.twitter.com/zc4FdwF9Es
— EFA.eg (@EFA) November 10, 2020
Ini kerana beliau akan menjalani kuarantin selama 14 hari. Salah yang menghadiri majlis perkahwinan saudaranya awal minggu ini, dijadualkan bermain di Piala Negara Afrika Mesir menentang Togo.
Berita itu merupakan satu lagi tamparan bagi Jurgen Klopp, yang kehilangan pemain pertahanan Joe Gomez kerana kecederaan lutut yang serius awal minggu ini.
Pemain lain yang kini berada dalam senarai kecederaan The Reds termasuk Trent Alexander-Arnold, Fabinho, Virgil van Dijk, Thiago dan Alex Oxlade-Chamberlain.
Baca juga perkembangan lain
Woodward Beri Jaminan Man United Teguh Berdiri Di Belakang Kepimpinan Ole
Argentina Diikat Paraguay, Scaloni Bengang Gol Messi Dibatalkan VAR
Deeney Anggap Wolves Pilihan Lebih Baik Ronaldo Berbanding Man United