Argentina nampaknya terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri 1-1 menentang Paraguay pada perlawanan ketiga kelayakan Piala Dunia – zon CONBEMBOL.

Walaupun hanya mendapat satu mata, namun Argentina boleh menarik nafas lega kerana masih berada di puncak carta pesaingan kelayakan Piala Dunia 2022.

Argentina mengumpul 7 mata, satu mata di atas pasukan Brazil yang masih kurang satu perlawanan.

Bermain di halaman mereka sendiri, di Stadium La Bombonera, pasukan kebangsaan Argentina ternyata diberikan saingan sangat sengit daripada Paraguay yang terkenal dengan kemampuan mereka menjadi pemusnah pasukan besar.

Pada minit ketujuh, Gaston Gimenez hampir menembusi gawang pasukan Argentina,

Dan pada minit ke-21, Argentina ketinggalan terlebih dahulu, setelah Angel Romero menjaringkan gol pertama pasukannya dari titik penalti.

Emq9b44XEAYnRNU

Penalti itu diberikan kepada Paraguay kerana kekasaran oleh Lucas Martinez Quarta ke atas Miguel Almiron.

Argentiona segera memberikan respon untuk mencari gol penyamaan. Dan usaha itu berhasil pada minit ke-41 menerusi gol Nicolas Gonzalez. Ianya berpunca daripada Giovani Lo Celso yang mengumpan kemas untuk ditanduk oleh Gonzalez.

Emqx7MGW8AAzTMu

Pada separuh masa kedua, Argentina terus mengawal perlawanan. Argentina kemudian di hadapan pada minit ke-57. Di mana Lionel Messi berjaya merembat masuk ke gawang Paraguay, selepas menerima hantaran Lo Celso.

Malang sekali gol itu dibatalkan oleh VAR kerana adanya kekasaran dilakukan oleh oleh pemain Argentina.

Argentina terus kekal dengan permainan agresif. 15 percubaan ke arah gol mereka catatkan dalam perlawanan ini. 5 tepat! Tetapi malang, ia tidak cukup untuk mengubah papan skor, kekal 1-1.

Selepas tamat perlawanan, pengendali Argentina, Lionel Scaloni mempersoalkan kena VAR membatalkan gol Messi?

Scaloni meminta agar VAR lebih konsisten dalam penilaian mereka.

Scaloni berkata:

“Saya rasa dalam beberapa keadaan, adalah perlu untuk berusaha untuk mencari kesepakatan dalam isu VAR. Saya tidak berbicara dengan niat baik atau buruk, tetapi untuk menyatukan kriteria.”

Baca juga perkembangan lain

Deeney Anggap Wolves Pilihan Lebih Baik Ronaldo Berbanding Man United

PSG Dilaporkan Mulakan Rundingan Dapatkan Messi, Ini Reaksi Ayahnya

Van De Beek Wira Belanda Ikat Sepanyol, Intai Peluang Di Manchester United