Lionel Messi telah dikaitkan dengan Paris Saint-Germain. Kelab dari Paris dilaporkan telah menghubungi bapa Messi, Jorge.

Masa depan Messi di Barcelona masih menjadi tanda tanya. Kontrak La Pulga akan berakhir pada akhir musim ini dan belum ada tanda-tanda untuk melajutkan lagi kontraknya.

Pada akhir musim lalu, Messi memberitahu Barcelona beliau mahu meninggalkan kelab itu dengan mengaktifkan klausa khas, membenarkannya pergi secara percuma. Namun Messi gagal berbuat demikian dan berdepan dengan tuntutan perundangan jika meneruskan hasratnya.

Manchester City dan PSG masih menjadi kelab yang dikaitkan dengan Messi. Kedua dua pasukan memiliki kuasa kewangan yang sangat kuat untuk menampung gaji Messi.

ESPN Argentina semalam melaporkan bahawa PSG sudah memulakan langkah pro aktif untuk mendapatkan Messi. Di mana mereka sudah menghubungi wakil Lionel Messi iaitu Jorge Messi.

Tidak lama selepas itu, Jorge memuat naik kenyataan balas dengan menyatakan:

“Berhenti membuat cerita macam ini !!!” tulis Jorge, sambil menambah hashtag berita palsu,” seperti yang dipetik dari Marca.

Ini bukan pertama kali pihak Messi menafikan berita seumpama itu dan menggelarnya berita palsu.

Musim lalu, Messi dan ayahnya memberikan reaksi yang sama dengan menganggap, sebarang berita mengaitkan Messi pergi ke kelab lain adalah berita palsu. Beliau menafikan berita itu sekali dengan berita dia mengikat jamin Ronaldinho.

mess

Namun selepas penafian itu ternyata Lionel Messi mahu meningalkan Barcelona. Dan beliau menyatakan keputusan itu sudah dipertimbangkannya dalam beberapa bulan sebelum itu.

Baca juga perkembangan lain

Van De Beek Wira Belanda Ikat Sepanyol, Intai Peluang Di Manchester United

Finland Kejutkan Perancis 2-0, Dua Serangan Dalam Jarak 3 Minit Malukan Les Bleus

Tempat Van de Beek Terjamin Di Belanda Walaupun Jadi Pemanas Bangku Simpanan Di United