Pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Safiq Rahim tersenarai bagi kategori Pemain Tengah Terbaik – Kesebelasan Utama Sepanjang Zaman Piala AFC oleh Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).
Perkara ini diumumkan oleh AFC menerusi laman web rasmi mereka dimana selain Safiq, empat lagi pemain dari Asia Tenggara turut tersenarai bagi anugerah tersebut.
Your favourite #AFCCup midfielder is ______
Mahmood Abdulrahman
Safiq Rahim
Rogerinho
Firas Al Khatib
Hariss Harun
Jehad Al Hussein
Hasan Abdel-Fattah
Zaher Al Midani
Stephan Schröck
Odai Al Saify
Therdsak Chaiman
Nguyen Quang Hai— #AFCCup (@AFCCup) March 12, 2021
Safiq menjadi pemain penting bagi JDT ketika mereka memenangi saingan tersebut pada 2015 dengan menewaskan kelab Tajikistan, FC Istiklol di pentas akhir.
Selain itu, kecemerlangan Safiq pada saingan edisi 2015 memberikan beliau anugerah pemain terbaik (MVP) kejohanan dengan mengetepikan pemain lain.
Empat lagi pemain Asia Tenggara selain Safiq Rahim yang tersenarai ialab Hariss Harun (Singapura), Stephan Srock (Filipina), Nguyen Quang Hai (Vietnam) dan Therdsak Chaiman (Thailand).
Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:
Farizal Marlias Tersenarai Bagi Anugerah Kesebelasan Terbaik Sepanjang Zaman Piala AFC
Ledakkan Dua Gol, Darren Lok Anggap Sebagai Permulaan Yang Baik