Pemain negara terus mendapat pengiktirafan di pentas antarabangsa apabila baru-baru ini penjaga gol Johor Darul Ta’zim (JDT), Farizal Marlias kategori Penjaga Gol Terbaik – Kesebelasan Utama Sepanjang Zaman Piala AFC oleh Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).
Perkara ini diumumkan oleh AFC menerusi laman web rasmi mereka dimana Farizal menjadi satu-satunya wakil Asia Tenggara dalam senarai yang didominasi oleh pemain dari Asia Barat itu.
“Walaupun berketinggian hanya 178 sentimeter, Farizal muncul sebagai salah seorang wira JDT khususnya pada kemenangan 1-0 ke atas FC Istiklol di pentas final 2015.
“Pada musim pertamanya bersama pasukan, Farizal menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya pada aksi di Dushanbe untuk membantu JDT meraih kejuaraan Asia buat kali pertama.
“Dia turut terbabit dalam tiga edisi Piala AFC yang seterusnya dan kini beraksi dalam Liga Juara Juara Asia,” menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh badan induk bola sepak Asia itu.
Selain Farizal Marlias, tujuh lagi penjaga gol turut tersenarai iaitu Mehdi Khalil (Lubnan), Lo’ai Al Amairaeh, Amer Shafi (Jordan), Nawaf Al Khaldi dan Musab Al Kandari (Kuwait), Mosab Balhous (Syria) serta Mammet Orazmuhammedov (Turkmenistan).
Anda boleh mengundi Farizal bagi membantu beliau memenangi anugerah tersebut di sini.
Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:
Karsten Neitzel Lantik Brendan Gan Jadi Ketua Pasukan Hadapi Musim 2021