Ketua jurulatih pasukan Selangor, Karsten Neitzel melantik pemain tengah, Brendan Gan sebagai ketua pasukan bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim ini.
Perkara ini dikongsikan oleh wartawa Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam dimana Brendan akan mengambil alih tugas yang sebelum ini digalas oleh Taylor Regan.
Jurulatih Selangor FC Karsten Neitzel mengesahkan pemain tengah Brendan Gan dilantik sebagai kapten Red Giants bagi musim 2021.
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) February 26, 2021
Taylor Regan dilantik sebagai ketua pasukan kelab Lembah Kelang itu apabila Selangor dibimbing oleh B.Satianthan bermula musim 2019 lalu.
Pada saingan musim ini, Taylor mengambil keputusan untuk berhijrah dengan menyertai Sarawak United sekaligus mengosongkan jawatan ketua pasukan.
Pemilihan Brendan Gan dilihat salah satu pilihan yang tempat dimana pemain ini merupakan salah satu pemain berpengalaman dalam skuad Selangor selain mampu untuk memberikan motivasi kepada rakan sepasukan yang lain.
FT: PJ City FC 0-2 Selangor FC
3’ Brendan Gan
74’ Ifedayo OlusegunSelangor melakar kemenangan ke-2 berturut-turut untuk aksi perlawanan persahabatan pra-musim 2021.
Demi kebanggaan!#RedGiants#85Years#CreatingALegacy pic.twitter.com/O3C3CGAeMg
— Selangor FC (@selangorfc) February 24, 2021
Brendan mula beraksi bersama Selangor pada tahun lalu dimana sebelum ini beliau menyarung jersi pasukan Perak.
Bersama Perak, Brendan pernah memenangi trofi Piala Malaysia pada 2018 setelah menewaskan Terengganu di pentas akhir.
Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:
Thomas Dooley Terkejut Melihat Fasiliti Latihan Sri Pahang FC Yang Sangat ‘Miskin’