Pemain sayap Johor Darul Ta’zim, Safawi Rasid berhasrat untuk meraih keputusan positif apabila berkunjung ke Stadium Misaki Park bagi menghadapi Vissel Kobe pada perlawanan pembukaan kumpulan G saingan AFC Champions League 2020.
Menurut Safawi, penyertaan kali kedua dalam saingan tertinggi peringkat kelab di rantau Asia itu nyata mendorong beliau dan rakan-rakan sepasukan untuk mencipta sesuatu dalam saingan edisi kali ini.
Dalam saingan AFC Champions League musim lalu, Johor Darul Ta’zim menamatkan saingan di peringkat kumpulan dimana mereka hanya mencatat satu kemenangan, satu seri serta empat kekalahan.
Namun, Safawi menampilkan aksi cemerlang dimana beliau turut menjaringkan gol yang kemudiannya dicalonkan bagi anugerah gol terbaik ACL 2019.
🔟 nominees. Only one winner.
Is this Safawi strike the best Goal of #ACL2019? ⚽️🔥
VOTE 👉 https://t.co/n32WmUi2k5
— #ACL (@TheAFCCL) November 29, 2019
Selain diundi bersama Vissel Kobe, JDT turut diundi bersama Suwong Samsung Bluewings (K-League) serta Guangzhou Evegrande (CSL).
Baca artikel lain mengenai pasukan Johor Darul Ta’zim di sini:
Johor Darul Ta’zim Diundi Sebagai AFC Cup Club Of The Decade
JDT Dan Chiangrai United Wakil Asean Dalam Saingan AFC Champions League 2020