Johor Darul Ta’zim sekali lagi mendapat perhatian antarabangsa apabila diundi sebagai AFC Cup Club Of The Decade oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).
Perkara ini diumumkan oleh laman media sosial kelab tersebut, Johor Southern Tigers dimana JDT mengetepikan cabaran daripada empat calon lain iaitu Air Force Club (Iraq), Kuwait SC (Kuwait), Qadsia SC (Kuwait) dan Al Ahed (Lebanon).
CONGRATULATIONS JDT — AFC CUP CLUB OF THE DECADE
Johor Darul Ta'zim FC (JDT) have been voted as the AFC Cup Club of the Decade through an online poll by the Asian Football Confederation (AFC).
[1/2] pic.twitter.com/6FDTsA7oQM
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) February 9, 2020
JDT dipilih sebagai salah satu calon bagi anugerah AFC Cup Club Of The Decade setelah mencipta sejarah dengan menjadi kelab dari rantau Asia Tenggara pertama yang memenangi trofi tersebut pada 2015 lalu.
Skuad bimbingan Mario Gomez ketika itu menewaskan FC Istiklol dengan keputusan 1-0 menerusi jaringan tunggal Leandro Velazquez.
Baca artikel lain mengenai pasukan Johor Darul Ta’zim di sini:
Johor Darul Ta’zim Tandatangani Fernando Rodriguez Dan Kei Hirose