Semalam, media Indonesia mendedahkan sebuah kelab beraksi di divisyen utama Liga Serbia, FK Novi Pazar berminat untuk mendapatkan khidmat pemain Indonesia yang dari pasukan Sabah iaitu Saddil Ramdani.

Menurut laporan daripada BolaSport.com. pengurus kelab tersebut, Dragan Radojicic mengakui tertarik dengan aksi Saddil dalam saingan Liga Malaysia dan menjanjikan tempat dalam kesebelasan utama FK Novi Pazar.

“Ya, benar. Saya sudah memantau Saddil Ramdani selama enam bulan terakhir ketika bermain dengan Sabah. Kami memerlukan pemain yang pantas sepertinya kerana memiliki teknik yang bagus,” kata Radojicic.

Bagaimanapun, permintaan kelab tersebut telah ditolak oleh Sabah FC kerana mereka hanya mahu mendapatkannya secara percuma tanpa sebarang bayaran perpindahan. Perkembangan ini disahkan oleh Pengurus pasukan, Marzuki Nasir melalui laporan dalam Bernama. 

Difahamkan, Saddil masih mempunyai kontrak bersama Sabah FC yang dikendalikan oleh Datuk Ong Kim Swee sehingga November 2022.

“Kelab berkenaan mahu kita melepaskan Saddil secara percuma tanpa sebarang bayaran perpindahan. Seperti yang kita tahu, semua perpindahan itu ada bayaran lebih-lebih lagi Saddil telah menandatangani kontrak bersama Sabah FC.

“Saya juga telah menghubungi Saddil dan beliau komited untuk bersama dengan Sabah FC. Kini Saddil berada di semenanjung untuk menjalani kuarantin dan beliau akan bersama dengan kita pada 13 Januari ini,” kata Marzuki.

Skuad Sabah pada musim ini berwajah baharu dan mereka turut diperkuatkan oleh beberapa pemain skuad kebangsaan seperti Baddrol Bakhtiar, Khairul Fahmi, Rizal Ghazali dan Dominic Tan.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah.

Penyerang Berbisa Dari Serie A Bakal Sertai JDT?

Kedah Rancang Bina Pusat Latihan Sendiri Lengkap Dengan Hub Prestasi Sukan Dan Perubatan

Abang Kandung Anthony Martial Sah Sarung Jersi Sri Pahang

Scott O’Donell Bakal Diumumkan Sebagai Pengarah Teknikal Baharu FAM?

FAM: Tan Cheng Hoe Sah Letak Jawatan Ketua Jurulatih Malaysia Dengan Persetujuan Bersama

Umbro Penaja Rasmi Jersi Terengganu Selama Dua Musim Dengan Nilai Tajaan RM1.8 Juta