CEO Bayern Munich Karl-Heinz Rummenigge menutup sebarang spekulasi yang mengaitkan Bayern Munich dengan Lionel Messi.
Messi masih belum menandatangani lanjutan kontrak di Barcelona. Dan beliau sudah dikaitkan dengan banyak pasukan terutama sekali PSG dan Manchester City.
Wartawan bertanya kepada Rummenigge, sama ada Bayern Munich berminat untuk menyertai pemburuan tandatangan Lionel Messi.
Rummenigge menyatakan bahawa, melihat gaji Messi di Barcelona sahaja dia sudah tergelak. Kerana menganggap gaji tersebut sangat luar biasa dan tak mungkin Bayern mampu membayar pemain itu.
Sebelum ini, portal El Mundo mendedahkan kepada umum tentang gaji Loonel Messi sebanyak €555 juta untuk 4 tahun di Barcelona.
Rummenigge berkata: “Saya membaca tentang hutang Barcelona, saya hampir tercekik.”
“Gaji Lionel Messi? Saya tergelak… saya hanya mampu mengucapkan tahniah kepadanya kerana berjaya mendapatkan kontrak luar biasa.”
🗣 | Karl Heinz Rummenigge (Bayern chairman): “I laughed when I saw Messi's contract with Barcelona. I can only say congrats to him for obtaining an astronomical contract, but this salary situation needs to be changed.” [@FabrizioRomano] pic.twitter.com/Jw1zWfaqA3
— Bright Hellu (@bright_hellu) February 16, 2021
“Dalam sedekad terakhir ini, kita semua melakukan kesilapan, kerana kita banyak membelanjakan wang pada pemain dan ejen. Pandemik telah menunjukkan kita jalan untuk berpatah balik kepada sesuatu model lebih rasional.”
“Saya harap ia dapat dilaksana, namun ianya tidak akan menjadi mudah.”
“Gaji siling? Mungkin itu inisiatif yang bagus. Tetapi pada 2008, semasa Platini menjadi presiden UEFA dan Infantino sebagai CEO, kita ke Brussel dan mencari penyelesaian.”
“Malangnya ahli politik sentiasa memberitahu kita bahawa ianya bertentangan dengan undang undang Eropah.”
Baca juga perkembangan lain
Analisis: PSG Gempur Barcelona Tanpa Risau Dengan Sistem ‘Wide Target Man’