Kapten Sepanyol, Rodri melabel taktikal Scotland sebagai sampah selepas menelan kekalahan pertama mereka dalam kelayakan Euro sejak 2014.

Scotland mengejutkan Sepanyol dengan kemenangan 2-0 di Hampden Park dengan Sepanyol menguasai 75% daripada permainan tersebut.

Dengan kedua dua gol dijaringkan oleh Scott McTominay.

Membuatkan kapten Sepanyol Rodri merasa sangat bengang. Kerana menurutnya, pasukan Scotland tidak layak menang kerana banyak melenagahkan perlawanan serta tidak bermain cantik berbanding Sepanyol.

Rodri berkata: “Itu suda menjadi cara mereka bermain, jadi kita kenalah hormat sahaja dengan cara mereka.”

Kemudian Rodri menganggap pendekatan fizikal dan suka berlakon Scotland sebagai taktikal sampah.

“Cuma pada pandangan saya, cara mereka bermain agak agak sampah.”

“Mereka sentiasa melengahkan perlawanan, mereka sentiasa memprovokasi kamu dan sentiasa terjatuh di atas padang.”

“Bagi saya, ini bukan bola sepak. Pengadil pula tidak berkata apa apa, dan ianya sangat mengecewakan kerana kami mahukan kemenangan.”

“Ianya sukar kerana mereka sentiasa membuang masa. Mereka ada senjata mereka tersendiri, dan kami akan belajar selepas ini.”

Rodri seterusnya menjelaskan bahawa mereka lebih layak menang. Cuma kekurangan ketajaman di hadapan gol.

Kekalahan kali ini dianggap tiada kaitan dengan corak permainan Sepanyol ataupun semangat melawan mereka. Ianya lebih kepada kerana Scotland suka berlakon dan bermain tak fairplay.

“Kami mahu masuk ke padang dan bersedia memenangi pertarungan fizikal. Kami sentiasa berjuang. Kekalahan ini tiada kaitan dengan isu perjuangan. Ini semua kerana pemain melengahkan perlawanan. Dengan 4 atau 5 pemain tiba tiba terjatuh di atas padang. Situasi seperti ini yang berlaku.”

“Pasukan pasukan seperti ini sentiasa kuat secara fizikal. Namun kita harus menggunakan senjata kita tersendiri.”

“Kami bagus dengan bola di kaki dan menggerakkan bola dengan pantas. Hari ini kami melakukan banyak perkara positif. Cuma gagal menjaringkan gol sahaja.”

Komen Rodri itu membuatkan peminat bola sepak berbagi pandangan tentangnya. Memandangkan pemain itu sendiri pernah bermain di Atletico satu masa dahulu.