Bekas penyerang Liverpool, Robbie Fowler menyifatkan Teerasil Dangda sebagai pemain terbaik ketika beliau beraksi dalam saingan Thai League 1.

Robbie pernah beraksi bersama Muangthong United selama semusim iaitu pasa 2011 hingga 2012. Selain memilih Teerasil, Robbie turut memilih pemain tengah, Datsakorn Thonglao sebagai salah satu pemain terbaik.

Robbie Fowler
Teerasil Dangda. Sumber Gambar: Changsuek

“Saya berpendapat saingan Thai League adalah satu kejohanan yang sangat teknikal. Para pemain mempunyai kemampuan serta kualiti yang baik. Sudah tentu mereka masih perlu belajar.

“Ketika saya beraksi bersama Muangthong United, ada dua pemain yang sangat menonjol iaitu Teerasil Dangda dan Datsakorn Thonglao. Keduanya adalah pemain yang baik,” kata Robbie Fowler.

Pemain yang juga pernah menyarung jersi Leeds United dan Manchester City itu menegaskan beliau tidak terkejut melihat Teerasil beraksi di luar Thailand.

Penyerang
Teerasil Dangda beraksi bersama Shimizu S-Pulse musim ini. Sumber Gambar: Twitter

“Teerasil ialah seorang penyerang yang bagus, peminat turut menyayangi beliau. Beliau sangat efektif dan mampu menjaringkan gol dengan kedua kakinya.

“Saya tidak terkejut melihat dia beraksi di luar Thailand seperti sekarang. Teerasil juga mempunyai kebolehan untuk mengambil sepakan percuma yang bagus,” tambah Robbie.

Setelah beraksi bersama Muangthong selama semusim, Robbie juga pernah diberikan tanggungjawab sebagai ketua jurulatih pasukan.

Baca artikel lain mengenai Teerasil Dangda di sini:

Teerasil Dangda Bakal Terlepas Peluang Pecahkan Rekod Penjaring Terbanyak Piala AFF Suzuki

Piyapong: Suphanat Mueanta Lebih Bagus Dari Teerasil Dangda, Wajib Dalam Kesebelasan Utama Thailand

Teerasil Dangda Cipta Sejarah Dalam Saingan Liga Jepun