Reece James kini menjadi kapten Chelsea yang baharu selepas pemergian pemain pertahanan Sepanyol, Cesar Azpilicueta.
Baca Juga:
- Chelsea Berdepan Hukuman Pemotongan Mata Kerana Kesalahan Abramovich
- Pemilik Chelsea Arahkan Lukaku Segera Dijual Ke Arab Saudi
- Chelsea Mahu Jual Cucurella
Azpilicueta menamatkan tempoh panjang kariernya di Chelsea selepas kontraknya berakhir.
Mauricio Pochettino nampaknya memilih pemain muda untuk menjadi ketua pasukan Chelsea yang baharu. Dan perkara itu diumumkan oleh Chelsea menerusi laman rasmi kelab.
Pada awalnya ramai menjangkakan Thiago Silva akan menjadi kapten baharu pasukan Chelsea memandangkan dia seringkali menjadi kapten Chelsea ketika ketiadaan Azpilicueta ataupun Jorginho sebelum ini.
Selepas beberapa pertimbangan dibuat akhirnya Reece James dipilih sebagain kapten baharu Chelsea.
Reece James merupakan pemain yang dibangunkan daripada akademi Chelsea dan berkembang pesat menjadi pemain utama serta berjaya menjadi pemain kebangsaan pasukan England.
Dia seringkali dianggap sebagai salah seorang bek sisi ofensif yang memiliki masa depan cerah di masa hadapan. Memiliki gaya permainan yang lasak.
Musim lalu bukan musim yang baik untuk Reece James. Di mana dia banyak berada di bilik rawatan kerana masalah kecederaan.
Reece James sebelum ini pernah menyatakan bahawa musim lalu sangat mengecewakannya. Kerana prestasi pasukan Chelsea sangat buruk.
James berkata: “Musim lalu adalah paling teruk yang saya pernah alami. Kerana ada beberapa pemain sudah mahu meninggalkan kelab ini.”
“Musim ini saya yakin kami akan lebih baik kerana kami lebih bersatu.”
Chelsea akan memulakan musim ini dengan aksi panas pertembungan menentang Liverpool. Ini adalah musim pertama Chelsea di bawah kendalian pengurus baharu Mauricio Pochettino.