Sebaik sahaja Barcelona mengeluarkan kenyataan tentang pemergian Lionel Messi kerana peraturan kewangan, Real Madrid pula mengeluarkan kenyataan mengkritik La Liga.
Real membidas La Liga yang mencapai kesepakatan dengan CVC sebanyak £2.3 billion. Perjanjian itu akan menyaksikan entiti swasta itu akan terlibat dalam menguruskan La Liga. Perkara itu yang pertama berlaku di Eropah.
CVC akan membuatkan kelab kelab di La Liga tidak boleh sewenang wenang menggunakan konten video dan audio seperti kebebasan yang mereka miliki sebelum ini.
Kelab kelab juga akan kehilangan akses kepada beberapa aset komersial mereka kerana perjanjian dengan CVC.
Hal ini, ianya sekarang tertakluk kepada hak cipta terpelihara milik CVC. Real Madrid menganggap tindakan La Liga menjalinkan kerjasama dengan CVC sebagai tindakan yang tidak berakal dan tidak ada ilmu oleh pegawai La Liga dalam mentafsir kesannya.
Real berkata: “Real Madrid, sebelum pengumuman kesepakatan antara La Liga dan dana CVC dibuat, berikut adalah kenyataan kami:
“Merujuk kepada kontrak yang dipersetujui tanpa penglibatan Real Madrid dan La Liga secara membuta tuli membenarnakn buat pertama kalinya, kita semua akan memiliki akses sangat terhada kepada terma dan syarat.”
“Kelab kelab telah tertakluk kepada hak pemilkan audiovisual eksklusif untuk komersial dalam pertandingan ini untuk 3 tahun. Perjanjian ini menggunakan struktur mengelirukan, mengambil alih dari kelab 10.95% hak audiovisual mereka selama 50 tahun dan melanggar undang-undang.”
“Rundingan telah dilakukan tanpa proses yang kompetitif dan keadaan ekonomi yang dipersetujui dengan dana CVC memberikan pulangan lebih dari 20% setahun. Ia adalah dana oportunistik yang sama yang tidak berjaya setelah mencuba perjanjian serupa dengan liga Itali dan Jerman.
“Real Madrid tidak boleh menyokong operasi yang memberikan pelabur mengawal masa depan 42 kelab Divisyen Pertama dan Kedua dan masa depan kelab yang akan layak dalam 50 tahun ini.”
“Real Madrid akan mengadakan mesyuarat rakan-rakan kompromi untuk membincangkan perjanjian dan kerugian besar yang belum pernah terjadi sebelumnya dalam sejarah 119 tahun kita serta impak daripada perjanjian tersebut.”
Comunicado Oficial.#RealMadrid
— Real Madrid C.F. (@realmadrid) August 5, 2021
Kenyataan Real Madrid yang dikeluarkan sebaik sahaja La Liga menghalang pendaftaran Messi dianggap satu tindakan menyindir pengurusan liga tersebut.
Di mana, dalam masa yang sama mereka memperjuangkan peraturan kewangan yang ketat, mereka turut mengurus tadbir kewangan dengan cara yang tidak betul. Bagaimana perjanjian bernilai multi billion euro boleh dibuat tanpa berbincang dengan semua kelab dan diteliti dengan lebih baik?
Selain itu, laporan di Sepanyol juga menyatakan, salah satu sebab Barcelona menolak perjanjian CVC seperti yang dicadangkan La Liga beberapa bulan lalu, kerana lebih tertarik dengan idea Liga Super Eropah dicadangkan Florentino Perez.
Mungkin sebab itu kedua dua pasukan itu tidak dibawa berbincang selepas itu? Ianya memang mengejutkan.
Perjanjian dengan CVC
La Liga menjalinkan kerjasama dengan CVC yang akan menyaksikan bahawa CVC memiliki 10% daripada ekuiti dalam liga tersebut. La Liga ketika ini diletakkan nilai pada €24.3bn.
Kelab akan menerima 90% dana daripada perlaburan CVC termasuk kelab wanita.
Perjanjian ini berlaku hanya selepas 3 bulan selepas ESL diharamkan dengan Atletico, Barcelona serta Real Madrid menjadi 3 daripada 12 kelab yang mahu menubuhnya pertandingan eropah elit yang sendiri.
CVC sudah lama melabur dalam sukan. Ini termasuk pernjanjian dengan rabgi Six Nations pada Mac. Di mana mereka melabur sebany £365 juta. Selain itu CVC sudah mulai terlibat dalam sukan sukan seperti tenis, bola tampar , Formula 1 dan MotoGP.
CVC ketika ini beribu pejabat di Luxembourg, walaupun kebanyakan operasinya berpangkalan di London. Terdapat 22 lagi pejabat mereka di seluruh Eropah, Amerika dan Asia.
La Liga menyatakan bahawa, perjanjian tersebut akan menjadi perjanjian jangka masa panjang.
La Liga memberikan jaminan bahawa mereka akan mengawal isu kesukanan dan juga pengurusan penjualan hak penyiaran. Namun perjanjian ini akan memfokuskan kepada konten digital termasuk interaksi secara terus dengan penyokong, serta meluaskan lagi capaian audien di seluruh dunia.
Perjanjian ini mendapat pungutan suara yang berbelah bagi daripada rakan kongsi La Liga. Lebih mengejutkan perbincangan tentang perkara ini tidak melibatkan Real Madrid dan Barcelona yang merupakan kelab paling berpengaruh di Sepanyol. Mereka adalah kelab produk jualan utama La Liga terutama sekali aksi el clasico.
La Liga’s executive board unanimously agreed $3.2 billion with private equity company CVC. Interestingly, Barca and Real Madrid not represented. Deal just needs majority vote from division 1 and 2 teams. Okay pic.twitter.com/kPtYogqQj8
— tariq panja (@tariqpanja) August 4, 2021
Barcelona kemudian tampil membantah tindakan La Liga tersebut yang akan menghadkan akses kelab kepada banyak perkara.
Barcelona menyatakan: “FC Barcelona mengambil kira bahawa pengoperasian yang telah diumumkan tidak dibincangkan secara menyeluruh dengan kelab-kelab yang merupakan pemilik kepada hak penyiaran tv. Jumlah tersebut tidak setimpal dengan tahun kontrak itu berlangsung. Dan perjanjian itu akan memberikan kesan buruk kepada semua kelab dari segi akses kepada hak audio visual untuk tempoh 50 tahun.”
“Terma dalam kontrak seperti yang dinyatakan La Liga itu secara tak langsung akan menghalang Barcelona di masa akan datang berkaitan dengan hak penyiaran.”
“Barcelona dengan ini menyatakan kami sangat terkejut dengan perjanjian itu yang dipacu oleh La Liga dengan beberapa pasukan termasuk Barcelona, tidak terlibat.”
“Malah tiada pembentangan tentang tawaran daripada pesaing lain dalam usaha kita menilai pro dan kontra perkara ini pasca-pandemik nanti dan masih terlalu banyak persoalan yang tidak ada jawapan.”
Perjanjian La Liga dengan CVC ini tidak ubah seperti model perniagaan ESL yang dicadangkan oleh Florentino Perez. Namun ada beberapa perkara di dalamnya yang membuatkan kelab tidak boleh menjana wang lebih besar.
Baca juga artikel
RASMI: Jack Grealish Diperkenalkan Sebagai Rekrut Baharu Man City
Barcelona Singkir Moriba Daripada Skuad B Kerana Enggan Lanjutkan Kontrak