Ilaix Moriba dianggap antara prospek cerah dari La Masia seperti mana Ansu Fati dan Pedri.
Namun pemain muda itu masih belum melanjutkan kontraknya di Barcelona. Tawaran sudah dikemukakan sejak beberapa bulan lalu namun pemain masih meletakkan urusan tersebut untuk ditangguhkan terlebih dahulu.
Terbaru, Barcelona dilaporkan telah menyisihkan namanya daripada pasukan pembangunan / reserve team selagi lagi dia tidak menandatangani kontrak baharu.
Moriba sebelum ini diberikan debut untuk pasukan utama oleh Ronald Koeman. Sudah beraksi 14 kali sepanjang musim lalu termasuk 4 aksi sebagai kesebelasan utama.
Pemain berusia 18 tahun itu menunjukkan aksi yang luar biasa sepanjang musim lalu.
Berbalik kepada isu masa depannya, kontrak semasanya akan berakhir pada akhir musim akan datang. Di mana masih ada baki setahun sahaja lagi.
Moriba sudah menolak beberapa kertas tawaran Barcelona kepadanya.
❗| Laporta will not travel to Germany, for the two friendlies. He will stay in Barcelona, to work on issues like Messi's renewal, Moriba's renewal and departures of certain players. [@martinezferran / MD] pic.twitter.com/a1hFZuQvXy
— Barça Insider (@theBarcaInsider) July 29, 2021
Oleh itu Barcelona mengambil tindakan tegas dengan menyisihkan namanya daripada pasukan B yang berpangkalan Vall d’en Bas. Nama Moriba malah tiada dalam daftar pasukan B pada Rabu lalu ketika Barcelona B menewaskan UE Olot 3-1.
Moriba dikatakan tidak dibenarkan berada di venue perlawanan sebagai hukuman kerana terus menangguhkan lanjutan kontrak.
Pada Isnin lalu, presiden Joan Laporta mengesahkan bahawa kelab mengambil tindakan tegas kepada Moriba kerana tidak mahu melanjutkan kontraknya lebih awal.
“Kami akan cuba memastikan kes beliau ini tidak akan berulang lagi. Dia masih ada baki setahun sahaja dalam kontraknya dan dia tak mahu menerima syarat dalam tawaran kelab.”
“Kami tidak dapat menerima perbuatannya itu dan kami menghantar mesej jelas kepada semua pemain dalam pasukan.”
“Jika kamu tak mahu memperbaharui kontra, kami ada penyelesaian lain. Kami tak mahu pemain ‘buatan’ La Masia tidak mahu melanjutkan kontra bersama kelab. Ini kerana dia adalah pemain yang kami sudah berikannya peluang.”
“Kelab adalah di atas segalanya. Saya mahu kamu [Moriba] fikir masak masak sekali lagi.”
🚨🚨| Barcelona is 'fed up' of Ilaix Moriba. Now, either the player accepts the club's conditions or a way out will be sought.@MCTorresA [🥇] pic.twitter.com/EeLidrAoDO
— Managing Barça (@ManagingBarca) July 31, 2021
“Kami tak akan membiarkan dia dinaikkan ke pasukan utama dan kemudian pergi ke kelab lain. Kami tak mahu menerima cara itu daripada mana mana pemain kami.”
Isu kontrak Moriba juga telah menjadi sebab beliau diserang secara rasis sebelum ini. Dan Moriba mendedahkan mesej mesej jelik diterimanya di TikTok.
We love football.
We fight racism.
🙏 @IlaixMK pic.twitter.com/faIBzj2HCZ— FC Barcelona (@FCBarcelona) July 27, 2021
Barcelona mendapat tahu bahawa pemain itu berminat untuk ke EPL. Chelsea, Manchester United dan Manchester City antara pasukan EPL yang berminat dengan beliau.
🚨| Barcelona know that Ilaix Moriba wants to leave and the player's entourage do not seem to be interested in a contract renewal.@MartaCarreras_ [🎖️]
It seems that there's an offer from Chelsea. Moriba's agents have not responded to the club's final offer.@martinezferran [🎖️] pic.twitter.com/2BwrgVRl15
— Managing Barça (@ManagingBarca) August 3, 2021
Chelsea dilaporkan sudah bercakap dengan ejen Moriba dan sedia menawarkan pemain itu kontrak yang memuaskan hatinya termasuk bonus dan gaji yang besar.
Baca juga artikel
TERKINI: Jack Grealish Hampir Rasmi Jadi Pemain City Dengan Nilai Perpindahan £100 Juta
Barcelona Minta Kelonggaran La Liga Untuk Daftarkan Messi Dan Beberapa Pemain Lagi
Pengadil EPL Diingatkan Tak Beri Penalti Mudah, Ofsaid Hidung, Ketiak, Kuku Tak Boleh Wujud Lagi