Barcelona masih kesulitan mendaftarkan Lionel Messi ke dalam pasukan mereka untuk musim 2021/2022. Ini kerana status akaun semasa Barcelona tidak ‘lepas’ peraturan peraturan kawalan ekonomi (ECP) La Liga.

Gaji pemain pasukan utama melebihi takuk gaji pemain yang ditetapkan untuk Barcelona.

Dengan liga yang semakin hampir bermula, presiden Barcelona, Joan Laporta berharap badan pentadbir La Liga memberikan sedikit kelonggaran untuk mereka mendaftarkan pemain paling penting untuk La Liga dari segi publisiti pada ketika ini.

lionel-messi-after-30-vintage-dribbling-skills-runs-hd

Lionel Messi sudah pun mencapai kesepakatan kontrak baru dengan Barcelona. Di mana beliau setuju dengan pengurangan gaji 50% untuk durasi kontrak 5 tahun.

Akan tetapi, kesepakatan itu hanya secara verbal kerana secara rasminya, Barcelona masih tidak dapat mendaftarkan Lionel Messi.

Oleh itu, Lionel Messi secara teknikalnya masih lagi tiada kelab.

Dengan situasi semasa, Barcelona masih terus gagal mencari pembeli untuk pemain bintang bergaji besar seperti Coutinho, Dembele atau Griezmann.

Jika Barcelona terus gagal mengurangkan kadar gaji semasa pasukan mereka, sangat mustahil untuk mereka mendaftarkan Lionel Messi.

Buat masa ini tidak ada tanda tanda salah seorang daripada pemain tersebut akan pergi. Gaji yang besar antara halangan utama kelab lain mahu mendapatkan mereka.

Griezmann sebelum ini dilaporkan berminat ke Atletico dan kelab itu turut mahu mendapatkan beliau.

Namun terhalang kerana gaji. Griezmann masih membuka peluang untuk menjadi pemain yang boleh dikeluarkan dari Barca dengan syarat beliau hanya mahu ke Atletico.

griezmann-prepara-para-partido-ante-bayern-1597245042147

Simeone turut masih berharap akan dapat bekerjasama dengan Griezmann walaupun pada masa yang sama menyatakan mereka ada sasaran lain.

Dan kini nama Lautaro Martinez mulai dikaitkan dengan Atletico.

Oleh kerana situasi yang sukar di Barcelona, Joan Laporta meminta La Liga lebih fleksibel pada kali ini. Joan Laporta sudah memberikan jaminan bahawa Lionel Messi akan tetap menjadi pemain Barcelona sebelum musim bermula.

Laporta berkata: “Kami, kalau boleh, inginkan lebih banyak fleksibiliti dari La Liga, seperti yang dilakukan liga lain di seluruh dunia untuk pasukan pasukan dalam liga mereka.”

Laporta seterusnya meminta La Liga membenarkan mereka untuk mendaftarkan beberapa lagi pemain ke dalam pasukan mereka.

“Kemudian, kami berharap akan dapat merekrut beberapa pemain lagi,” tambah Joan Laporta lagi.

“Berkenaan dengan Messi, situasinya berjalan dengan baik. Kami cuba menyelesaikan masalah yang perlu diselesaikan.”

“Messi adalah perkara yang penting, dan dia masih mahu terus bersama Barca,” kata Laporta. Sambil beliau memberikan jaminan Messi akan beraksi untuk Barcelona dalam aksi pra musim Piala Joan Gamper.

Jika Messi gagal didaftarkan pada kali ini, Barcelona harus menunggu pada Januari untuk mendaftarkan pemain tersebut.