Telegraph melaporkan bahawa Premier League telah memberikan amaran kepada pengadil agar tidak terlalu mudah memberikan penalti pada musim akan datang.
Ini selepas liga terkaya di dunia itu dianggap memiliki mutu pengadilan yang terlalu mudah diperdaya oleh pemain untuk mendapatkan penalti,
Musim lalu, pengadil EPL menghadiahkan 125 penalti dalam semusim. Ianya angka yang dianggap terlampau banyak.
Lantas, VAR turut diminta tidak terlalu mudah untuk memberikan penalti untuk beberapa kontak dan kelakuan pemain yang diangga soft dan sengaja mahu ‘membeli’ penalti.
Premier League mengadakan sesi taklimat dengan pengadil sebelum musim baru bermula. Dan mereka berharap pengadil lebih bijak menilai tahap kekasaran yang berlaku sebelum memberikan penalti.
Seterusnya pengadil juga perlu cakna dalam menilai kesan daripada kontak oleh pemain sebelum menilai kelakuan dan motivasi pemain penyerang yang memberikan reaksi kepada sesuatu sentuhan.
Ketua pengadil Premier League, Mike Riley, keputusan untuk mengubah garis panduan penalti itu dibincangkan bersama sama dengan wakil dari setiap kelab serta pemain.
Di mana penalti hanya akan diberikan untuk foul yang benar benar kasar.
Riley berkata: “Pengadil akan melihat kontak dan menilai sama ada ianya kekasaran yang jelas, kemudian perlu bertanya kepada diri sendiri, adakah kontak itu memberikan impak?”
“Kemudian mereka bertanya kepada diri mereka lagi, adakah pemain yang dikasari itu sebenarnya memang sengaja menunggu sentuhan untuk mendapatkan penalti? Jadi, jika kontak itu tidak cukup impak, maka tiada penalti. Tak ada lagi istilah ‘memang ada sentuhan di situ’.”
“Saya fikir bahawa maklum balas yang kami dapat dari pemain, daripada pemain penyerang dan pemain pertahanan, [adalah] anda mahu ia menjadi pelanggaran yang tepat yang ada kesan jelas, bukannya sesuatu yang sedikit sahaja dan kami terus memberikan penalti.”
Di bawah garis panduan bahar baru, Riley berkaa penalti yang dimenangi oleh Raheem Sterling untuk England ketika menentang Denmark pada separuh akhir Euro 2020 — ianya tidak akan diberikan.
Jika pengadil memberikan penalti, Riley menggesa agar VAR lebih tegas membatalkannya.
Some tweaks to VAR coming to the Premier League this season – higher threshold for penalties. "Proper fouls only," they say. Plus an end to forensic offside calls.
Our VAR consultation showed widespread discontent with the tech. Will these changes help?https://t.co/Ia0Da1jbGn
— The FSA (@WeAreTheFSA) August 3, 2021
Riley juga mengesahkan musim ini akan ada sedikit rombakan untuk prosedur teknologi pengadil video, dengan perubahan pada cara menafsirkan keputusan offside yang ditetapkan untuk memberikan kelebihan kepada pasukan yang sedang menyerang.
Ini selepas VAR musim lalu terlalu banyak memberikan ofsaid kerana jarak yang terlalu kecil dan nipis.
Misalnya, ibu kaki, jari yang terlebih sedikit membuatkan mereka dianggap ofsaid. Penggunaan garis lebih tebal dalam paparan video VAR.
Riley menegaskan bahawa, VAR tidak sepatutnya bertindak menjadi terlalu forensik sehinggakan garis yang digunakan terlalu nipis.Jika garis pemain penyerang lebih kabur kerana garisan pemain pertahanan, maka ianya dikira onside.
Riley berkata lagi: “Kami sekarang memperkenalkan kembali manfaat daripada keraguan [benefit of doubt] ke atas pemain penyerang. Secara efektif kami akan memberikan semula 20 gol yang dibatalkan musim lalu kerana disiasat menggunakan pemeriksaan yang cukup forensik.”
Sambil menunjukkan beberapa analisis, Riley berkata: “Ini adalah kuku kaki, hidung pemain yang musim lalu offside – musim ini mereka akan onside berdasarkan peraturan terbaru. ”
Baca juga artikel
Bidaan €100 Juta + Alonso Ditolak Inter, Chelsea Tetap Mahukan Lukaku
Atletico, Arsenal Buru Khidmat Lautaro Martinez Pada Harga Lebih Rendah