Kelab amatur yang berpangkalan di Kerteh, mungkin sebuah pasukan yang baharu tetapi dengan beberapa pencapaian didalam dan luar padang setakat ini, tidak keterlaluan untuk kita memberikan lebih perhatian kepada mereka.

Mungkin ada yang sudah sediamaklum mengenai kelab ini yang secara terasnya ditunjangi oleh satu entiti yang menjalankan perniagaan Oil & Gas, dimana lokasi mereka itu sememangnya menjadi pusat kepada aktiviti perniagaan yang berkaitan.

Tetapi mereka tidak hanya bergantung harap kepada 1 jenis perniagaan sahaja, dan kini mereka telah mula menerokai 1 lagi peluang yang bakal mengukuhkan lagi bukan sahaja jenama, tetapi akan mengukuhkan lagi kestabilan kewangan kelab dimasa hadapan.

118537091_1679580882217678_5194187487444183439_n

VOCKETFC yang menghubungi CEO Kerteh FC, dan beliau menceritakan sendiri bagaimana kelab itu telah mula memasarkan produk-produk seperti maruku dan bahulu ke kawasan berhampiran dan sambutan yang diterima amat menggalakkan.

Ratusan bungkus produk yang dihasilkan oleh Pusat Daerah Komuniti (PDK) yang memberikan peluang kepada anak-anak Orang Kelainan Upaya (OKU) untuk berdikari telah berjaya dijual.

Pihak kelab telah mengambil inisiatif membantu komuniti setempat memasarkan produk tempatan dan akhirnya melengkapkan kitaran bagi menjana ekonomi pada skala yang kecil seperti ini sebelum menjadi lebih besar nanti.

118645734_1679580485551051_561445306340896370_n

“Di Kerteh ni, ramai pengusaha IKS yang boleh buat produk tetapi kurang (kemahiran) dalam pemasaran.  Jadi, Kerteh FC F&B menjadi tempat mereka ‘parking’ dan kami akan bawa dan jual.”

“Walaupun untung tidaklah banyak atas setiap paket, apa yang lebih penting adalah objektif utamanya iaitu engagement kelab dengan komuniti setempat.”

Menurut Syed Khairi Amier lagi, selepas 2 bulan memasarkan beberapa produk berkaitan dengan F&B, mereka berjaya menjual hampir 1,000 bungkus produk, dimana kebanyakannya diletakkan dikedai-kedai makan sekitar Kerteh.

Secara tidak langsung, pengunjung kedai akan ‘terdedah’ kepada jenama Kerteh FC seterusnya memperkenalkan kelab ke seluruh lapisan masyarakat yang mungkin berpotensi besar menjadi penyokong pasukan yang menjiwai kelab itu sendiri.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami  sediakan untuk anda.

Jendela Perpindahan Thai League Masih Terbuka, Police Tero Minat Bawa Sumareh Ke Thai League?

Arnout Vercruysse: “Saya Dah Beli 2 Buah Buku Resepi Masakan Malaysia”, Teruja Menerima Luqman Hakim Dirumahnya

TERKINI: ZamSaham Sah Beli Saham TRW Sdn Bhd, Pemilik Kelantan FC Buktikan Bukan ‘Sembang Kosong’