Portugal rasminya mengesahkan bahawa Roberto Martinez sebagai pengurus baharu menggantikan Fernando Santos yang melepaskan jawatannya.

Santos meletakkan jawatannya sebaik sahaja Portugal disingkirkan oleh Maghribi dalam saingan suku akhir Piala Dunia 2022.

Roberto Martinez turut melepaskan jawatannya di Belgium selepas pasukan tersebut gagal melepasi pusingan awal.

Martinez sebelum ini dikaitkan dengan jawatan di Sepanyol dan tawaran beberapa kelab lain. Namun akhirnya memilih Portugal sebagai destinasi baharunya.

FA Portugal yakin Roberto Martinez orang yang tepat menggalas jawatan sebagai pengurus baharu mereka.

Martinez diyakini akan membantu untuk membimbing generasi emas baharu Portugal ke arah kejayaan.

Portugal memiliki ramai pemain muda berbakat. Dan pada masa yang sama masih lagi boleh menagih khidmat Cristiano Ronaldo.

Martinez diumumkan secara rasmi oleh FA Portugal dalam satu majlis. Dan dia sudah tak sabar untuk memulakan tugasan baharunya.

Ramai yang menganggap Martinez benar benar bernasib baik kerana sekali lagi akan bekerja dengan generasi emas.

Sebelum ini dia mengendalikan salah satu generasi emas yang dianggap paling mengujakan dalam sejarah Eropah iaitu Belgium.

Namun dia gagal untuk membantu negara itu memenangi sebarang kejuaraan major walaupun berjaya membantu Belgium berada di kedudukan no.1 dunia untuk tempoh yang panjang.

Kevin De Bruyne secara berterus terang menganggap generasi emas Belgium sudah berakhir kerana semua dah tua.

Misi pertama Martinez bersama Portugal pastinya pentas Euro yang akan datang. Dan seterusnya adalah Piala Dunia 2026.

Portugal sebelum ini mempertimbangkan nama nama lain seperti Jose Mourinho sebagai pengurus baharu mereka.

Namun terdapat kesukaran untuk mendapatkan The Special One yang mahukan 2 jawatan dalam satu masa yang sama, menguruskan Roma dan pasukan kebangsaan Portugal.

Akhirnya tiada perbincangan lebih lanjut dibuat. Portugal merupakan negara yang sarat dengan sejarah bola sepak sejak dari dulu.

Namun mereka masih tidak pernah menjulang Piala Dunia terutama sekali pada era mereka memiliki salah seorang pemain terbaik sepanjang zaman, Cristiano Ronaldo.

Portugal akhirnya melantik Roberto Martinez sebagai pengurus baharu mereka.

Adakah Martinez akan berjaya memberikan kejayaan kepada Portugal?