Berita mengenai Makan Konate kini semakin panas apabila kelab Persebaya hari ini secara rasmi mengumumkan pemain itu sah mengundur diri dari kelab berpangkalan di Surabaya melalui laman web rasmi mereka.
Menurut artikel tersebut, kapten Persebaya yang berasal dari Mali itu membuat keputusan selepas melihat tiada bayangan mengenai status saingan Liga 1 untuk musim akan datang dan ini menyebabkan bukan sahaja beliau tetapi beberapa pemain lain juga turut mencari alternatif yang lebih baik.
“Selama 8 bulan saya di Indonesia, tiada khabar mengenai pertandingan sehingga kini. Saya tidak boleh tunggu lebih lama lagi.”
“Jujur keputusan ini amat sukar. Saya sudah menjanjikan trofi kejuaraan untuk Persebaya, tetapi situasi dan keadaan tidak memungkinkan ia berlaku. Saya perlu meneruskan perjalanan, InsyaAllah suatu hari nanti saya akan kembali.”
Makan Konate juga tidak menafikan bahawa beliau turut menerima beberapa tawaran dari kelab Liga Super Malaysia, Thailand dan Arab Saudi.
“Ada tawaran dari beberapa kelab Liga Super Malaysia, Thailand dan Arab Saudi, tetapi saya masih belum buat keputusan. Saya akan berbincang dengan ejen saya, Mamadou.”
Pihak pengurusan Persebaya juga turut mengesahkan telah menerima surat pengunduran diri Makan Konate dan Candra Wahyudi mengakui bahawa tidak mampu berbuat apa-apa dengan keputusan itu.
“Jujur kami tidak berdaya sama sekali. Walau hanya untuk menahan sejenak. Meminta pemain bersabar. Soalnya, siapapun tidak ada yang bisa menjamin kepastian kompetisi. PSSI dan LIB sekalipun. Bagaimana kami bisa memberi kepastian, kalau otoritas sepak bola yang paling berwenang juga tidak bisa memberi kepastian?”
Makan Konate juga mengucapkan terima kasih kepada barisan kejurulatihan, rakan-rakan sepasukan selama bersama di Persebaya.
“Saya mohon maaf, harus meninggalkan pasukan yang begitu kuat ikatan kekeluargaan dan persaudaraan. Saya pasti ingat dan tidak akan lupa. Begitu juga dengan pengurusan, anda luar biasa.”
Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami sediakan untuk anda.
TMJ Beri Bayangan Bola Sepak Akan Kembali, Kehadiran Penonton 10% Dari Kapasiti Stadium