TMJ melalui satu kemaskini IG story sebentar tadi, nampaknya memberikan bayangan positif bahawa saingan bola sepak akan kembali tidak lama lagi.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah, ia bukan sekadar memberikan isyarat sukan bola sepak akan dilangsungkan malah kemungkinan kehadiran penonton akan dibenarkan pada kadar 10% dari kapasiti stadium.
Ini jelas sedikit sebanyak memberikan rasa gembira dan teruja kepada semua pihak yang selama ini mengharapkan sukan bola sepak diberikan pembelaan yang lebih adil dalam mengharungi pandemik ini.
Mungkin pihak-pihak berkaitan akan tampil dengan SOP tertentu yang akan dilaksanakan di stadium-stadium yang terlibat demi menyeimbangkan diantara keperluan industri untuk beroperasi serta dalam masa yang sama menjaga keselamatan semua.
Berita ini pastinya amat dinantikan oleh ramai penyokong dan peminat bola sepak tanahair untuk menikmati bola sepak tempatan, dan ini juga dilihat sebagai peluang untuk kita reset kembali budaya hadir ke stadium dan menyokong pasukan tempatan.
Semoga semuanya berjalan dengan lancar dan jangan lupa beli tiket dan hadir ke stadium!