Skuad ‘Hijau Kuning’ dari Indonesia atau lebih dikenali sebagai Persebaya yang berpangkalan di Surabaya ini telah melancarkan pasukan mereka untuk saingan baru musim 2020.

Saksikan video pelancaran pasukan Persebaya dibawah yang telah sempat dirakamkan oleh kami untuk tatapan anda semua.

Keterujaan para penyokong untuk berada dalam majlis sebegini serta bersiap sedia untuk menonton perlawanan bola sepak selepas itu adalah satu pakej lengkap yang sepatutnya dilakukan oleh mana-mana pasukan diawal musim untuk membangkitkan suasana dan jiwa penyokong mereka.

https://twitter.com/vocketfcID/status/1226115989273595904?s=20

Majlis yang diadakan sebelum perlawanan pra-musim bertemu pasukan dari Malaysia iaitu Sabah FA telah berlangsung dengan penuh gelang-gemilang dan meriah dihadapan 50,000 penyokong setia mereka yang hadir ke stadium.

84838089_2951691658244650_8459021540686561280_o

Dalam perlawanan persahabatan yang diadakan selepas itu, pasukan tuan rumah berjaya menewaskan Sabah FA dengan keputusan 3-1 selepas 90 minit masa permainan dan gol-gol perlawanan itu disumbat oleh David Aparecido (2 gol) dan Irfan Jaya, manakala untuk pasukan Sabah FA pula dijaringkan oleh Hetor Dinar Ramos.

84523187_2950768968336919_6430758737350230016_o

Selepas ini, pasukan Persebaya akan memulakan cabaran mereka dalam kejohanan Piala Gubenur 2020 bertemu pasukan Persik Kediri (10 Feb 2020), Bhayangkara FC (12 Feb 2020) dan Madura United (14 Feb 2020).

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Asia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Semua Perlawanan Liga Super Dan Piala Malaysia LIVE, Pakej Tontonan Bermula Serendah RM3 Satu Perlawanan

Selangor Berdepan Risiko Tidak Dibenarkan Beraksi Di Stadium Shah Alam Atas Faktor Keselamatan

PSSI Batal ‘Deal’ Dengan Warrix Dari Thailand, Pilih Jenama Tempatan Pembekal Jersi Skuad Kebangsaan