Aston Villa telah mengesahkan bajawa kelab itu rasmi menandatangani pemain antarabangsa Sepanyol, Pau Torres dari Villarreal.

Baca Juga:

Berita itu benar benar mengujakan peminat Aston Villa yang menganggap mereka baru sahaja mendapatkan pemain berprofil tinggi dibawa masuk ke kelab tersebut.

Selepas membimbing Aston Villa menjauhi zon penyingkiran dan memasuki separuh teratas Liga Perdana musim lalu, pengurus Unai Emery sedang berusaha untuk memperkuatkan lagi skuadnya.

Dia telah menggunakan pengaruhnya di La Liga, dan hubungan baiknya dengan bekas kelabnya Villarreal khususnya, untuk mendapatkan Pau Torres.

Torres muncul sebagai sasaran utama untuk Emery, dan menandatangani dengan bayaran yang tidak didedahkan.

Perpindahan itu menyatukan semula pemain berusia 26 tahun itu dengan Emery, yang telah melatihnya selama beberapa musim di Villarreal.

Torres ialah produk dari akademi Villarreal, dan membuat penampilan sulungnya untuk kelab itu pada 2017.

Dia akan tamat kontrak pada penghujung musim 2023/2024, dan Villarreal memilih untuk mendapatkan wang daripada mempertaruhkan kemungkinan pemain itu pergi secara percuma pada musim panas depan.

Pemain antarabangsa Sepanyol yang kental itu adalah sebahagian daripada skuad di Piala Dunia 2022.

Jadi, Pau Torres pastinya dianggap tambahan kualiti yang agak tinggi pada barisan pertahanan di Aston Villa selepas ini.

Unai Emery berharap pasukannya akan meneruskan momentum mereka pada musim lalu. Di mana, sejak dia mengambil alih Aston Villa, skuad itu antara pasukan paling cemerlang dari segi prestasi.