Pemain sayap lincah, J. Partiban hari ini telah diumumkan menyertai Kedah Darul Aman (KDA FC) secara pinjaman dari KL City bagi mengharungi baki saingan Liga Malaysia musim 2023.

Baca Juga:

Menurut kenyataan rasmi, khidmat pemain yang berusia 30 tahun itu sangat diperlukan oleh pengendali pasukan, Nafuzi Zain bagi memperkuatkan jentera serangan.

“Hasrat Partiban untuk mewakili KDA FC telah lama dipendam, akhirnya rezeki tiba tepat pada waktunya, permohonan Sang Kenari untuk menawarkan kontrak pinjaman dipersetujui KL City, kelebihan buat Kedah dengan pemain sayap baharu,” tulis kenyataan rasmi KDA FC.

Berdasarkan rekod, Partiban telah beraksi dalam 5 perlawanan Liga Super musim ini dan menjaringkan 1 gol ketika bersama KL City.

Kemuncak kerjaya Partiban adalah ketika kejayaan Perak mendominasi liga dibawah kendalian Mehmet Durokovic, dan turut membantu KL City FC melangkah ke peringkat lebih jauh dalam saingan Piala AFC dan Piala Malaysia musim lepas.

“Kehadiran beliau memberi lebih banyak pilihan dibahagian sayap melalui pengalaman beraksi dengan beberapa pasukan sebelum ini.

“Kepantasan dan gemar membuat hantaran lintang pasti menggerunkan pihak lawan untuk menghalang kombinasi serangan Sang Kenari yang semakin padu,” tambah kenyataan rasmi KDA FC.

Kedah kini berada di kedudukan ketiga Liga Super dengan 37 mata dan hanya pisahkan dengan 3 mata dengan pencabar terdekat, Selangor yang berada di tangga kedua.

Persaingan merebut tempat kedua Liga Super cukup sengit selepas JDT gah di tangga teratas dengan rekod tanpa kalah dalam 18 perlawanan.