Rasmus Hojlund akhirnya rasmi sertai Manchester United dengan kontrak yang  sehingga Jun 2028, dengan pilihan setahun lagi untuk dilanjutkan.

Baca Juga:

Pemain itu sudah diperkenalkan secara rasmi dalam aksi pra musim di Old Trafford sebentar tadi antara Man United dan Nice.

Kini dia dalam proses untuk mendapatkan pelepasan antarabangsa.

Laporan menyebut bahawa harga Hojlund secara keseluruhan adalah £75 juta termasuk bonus. Man United perlu membayar harga wajib £65 juta.

Pada usia hanya 20 tahun bermain di posisi serangan tengah. Dia telah menjaringkan 27 gol dalam 87 penampilan kelab setakat ini.

Ini termasuk 10 gol di Itali untuk Atalanta musim lalu. Hojlund sudah menjadi pemain antarabangsa senior Denmark dan mencatatkan 6 gold daripada 6 kaps antarabangsanya setakat ini.

Hojlund akui teruja sertai Manchester United yang dia sokong dari kecil. Dan bermain di United adalah impiannya sejak kecil.

Rasmus Højlund berkata: “Bukan satu rahsia lagi bahawa saya telah menjadi peminat kelab hebat ini sejak saya masih kecil, dan saya bermimpi untuk keluar di Old Trafford sebagai pemain Manchester United.”

“Saya sangat teruja dengan peluang ini untuk mengubah impian itu menjadi kenyataan, dan saya berazam untuk membalas kepercayaan yang ditunjukkan kelab kepada saya.”

“Ianya masih fasa awal dalam karier saya, tetapi saya tahu bahawa saya bersedia untuk mengorak langkah ini dan bermain dengan kumpulan pemain bertaraf dunia di sini.”

“Sebaik sahaja saya bercakap dengan pengurus, saya tahu bahawa persekitaran ini sesuai untuk perkembangan karier saya.”

“Saya gembira dengan peluang untuk bekerja dengan salah seorang jurulatih terbaik di dunia. Di bawah bimbingan dan sokongan beliau, saya tahu bahawa saya mampu mencapai perkara yang hebat bersama rakan sepasukan baharu saya di kelab istimewa ini.”