Peminat Man United benar benar tidak percaya dengan alasan yang mereka dengar sebelum ini ketika mereka mahu mendapatkan jersi Rasmus Hojlund dari gedung sukan rasmi kelab itu.

Baca Juga:

Rasmus Hojlund akhirnya rasmi sertai Manchester United dengan kontrak yang  sehingga Jun 2028, dengan pilihan setahun lagi untuk dilanjutkan.

Pemain itu sudah diperkenalkan secara rasmi dalam aksi pra musim di Old Trafford sebentar tadi antara Man United dan Nice.

Kini dia dalam proses untuk mendapatkan pelepasan antarabangsa.

Laporan menyebut bahawa harga Hojlund secara keseluruhan adalah £75 juta termasuk bonus. Man United perlu membayar harga wajib £65 juta.

Ketika peminat Man United teruja meraikan kedatangan pemain tersebut, peminat dikejutkan dengan berita di mana kelab tidak menjual jersi dengan cetakan nama Hojlund untuk tempoh yang lama.

Kejadian itu berlaku minggu lalu apabila Daily Mail melaporkan bahawa jersi dengan nama Rasmus Hojlund terpaksa ditangguhkan penjualan kerana kedai rasmi kelab itu tiada huruf ‘Ø’.

Jadi, proses untuk mencetak nama Rasmus Hojlund dengan ejaan Denmark tidak dapat dilaksanakan.

Alasan itu ternyata sukar diterima penyokong Man United. Dan mereka menganggap ianya sebagai mengejutkan untuk sebuah kelab sebesar Man United.

Dilaporkan ianya mengambil masa sekitar sebulan untuk Man United menyelesaikan isu tersebut.

Dan berdasarkan pemantauan kami di laman rasmi gedung sukan Man United, jersi Hojlund sudah tersedia untuk dibeli.