Atletico Madrid akhirnya memuktamadkan kejuaraan liga pada hari terakhir. Walaupun pada awal musim mereka pernah meninggalkan pasukan di tangga kedua dengan 11 mata.
Namun Atletico berdepan dengan isu konsitensi pada separuh kedua musim membuatkan mereka memberikan ruang kepada Real Madrid dan Barcelona berjaya merapatkan jurang dan bersaing semula untuk kejuaraan.
Dalam aksi berdepan dengan Valladolid, Atletico perlu mengelak daripada kalah. Di mana kalau kalah dan Real Madrid menang, mereka akan terlepas kejuaraan berdasarkan peraturan rekod pertemuan.
Namun dalam aksi di Estadio Jose Zorilla Atletico terlebih dahulu dibolosi oleh Valladolid yang mahu menyelamatkan kempen mereka untuk kekal di La Liga.
Oscar Plano menyempurnakan serangan balas untuk tuan rumah. Dan Atletico perlu kembali fokus kepada aksi mereka.
Perlawanan separuh masa pertama berakhir dengan 1-0 memihak Valladolid.
Atletico masuk ke separuh masa kedua dengan lebih positif. Angel Correa menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-57.
10 minit kemudian, pemain yang menjadi nadi kepada kempen kejuaraan mereka musim ini, Luis Suarez menjaringkan gol pendahuluan untuk Atletico berada 2-1 di hadapan.
🔙 Atletico have turned it around to lead 2-1 at Real Valladolid
⚽️ Correa and Suarez with their 9th and 21st league goals of the season respectively
⏱️ Atleti are 20 minutes from the title pic.twitter.com/wDaKuE3YFA
— WhoScored.com (@WhoScored) May 22, 2021
Atletico berjaya menamatkan penantian 7 tahun mereka selepas kejuaraan pada 2014. Kali ini mereka merampasnya daripada seteru sebandar Real Madrid pada hari terakhir La Liga.
Ini adalah kejuaraan ke-11 dalam sejarah penubuhan Atletico.
Atletico Madrid are #LaLiga🇪🇸 Champions for the 11th time in their history. 🏆🔴⚪️ pic.twitter.com/VjKdsx6G7w
— NairaBET (@NairaBET) May 22, 2021
Luis Suarez pasti akan dikenang antara best signing dalam sejarah La Liga.
“URUGUAYO, URUGUAYO” El gritó de toda la hinchada del Atlético Madrid a las afueras del estadio por el gol de Luis Suárez.
pic.twitter.com/F43429bR5x— Franco Fernández (@FernandezSurkov) May 16, 2021
Diego Simeone berjaya memenangi kejuaraan La Liga keduanya sebagai pengurus Atletico Madrid. Menyamai rekod Ricardo Zamora dan pengurus legenda Helenio Herrera.
Only three Atletico managers have won 2+ LaLiga titles for the club:
🏆🏆 Ricardo Zamora (1940, 1941)
🏆🏆 Helenio Herrera (1950, 1951)
🏆🏆 Diego Simeone (2014, 2021)Never in doubt. pic.twitter.com/6hWubVJo4t
— Squawka (@Squawka) May 22, 2021
Syabas kepada Atletico Madrid.
YOUR 2020/21 LALIGA CHAMPIONS!!! 🔴⚪#CampeonesPartidoAPartido pic.twitter.com/MLFWK8X7am
— Atlético de Madrid (@atletienglish) May 22, 2021
Baca juga artikel
Maguire Tak Dapat Beraksi Final UEL, Masih Tak Dapat Berlari