Perjalanan Qatar dalam saingan CONCACAF Gold Cup edisi 2021 berakhir apabila tewas kepada Amerika Syarikat dengan keputusan 1-0 di peringkat separuh akhir.
Pada aksi yang berlangsung di Stadium Q2, jaringan tunggal Gyasi Zardes pada minit ke-86 menjadi pemisah antara kedua-dua pasukan sekaligus memastikan juara enam kali kejohanan itu mara ke perlawanan akhir.
نهاية المباراة:
أمريكا 1️⃣-0️⃣ قطر#الكأس_الذهبية#منتخبنا_في_أمريكا pic.twitter.com/GjeRvbE9gD
— الاتحاد القطري لكرة القدم (@QFA) July 30, 2021
Meskipun berstatus pasukan jemputan, namun skuad bimbingan Felix Sanchez ini menampilkan prestasi cemerlang dimana mereka berjaya muncul sebagai juara kumpulan D dengan kutipan 7 mata dan serta tidak pernah tewas dalam perlawanan peringkat kumpulan.
Di peringkat suku akhir, Qatar menewaskan El Salvador dengan keputusan 3-2 sekaligus menempah tiket separuh akhir dan berdepan dengan Amerikan Syarikat. Namun, Qatar gagal mara ke peringkat akhir.
Penyerang Qatar, Almoez Ali juga menarik perhatian apabila beliau berjaya menjaringkan empat gol dalam saingan kali ini, satu pencapaian yang dianggap terbaik memandangkan beliau berasal dari Asia dan beraksi dalam kejohanan yang dipenuhi pemain bintang.
Amerika akan berdepan sama ada Mexico atau Kanada di perlawanan akhir yang dijadualkan berlangsung pada 2 Ogos ini.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia di sini:
Prestasi Akira Nishino Selama Mengendalikan Skuad Kebangsaan Thailand
Kelantan United Hantar Pulang Dua Pemain Terlibat Insiden Pergaduhan
TERKINI: Akira Nishino Dipecat Oleh FA Thailand, Gagal Capai ‘Target’ 12 Pasukan Terbaik WCQ Asia