Skuad kebangsaan Belanda membuka kempen Piala Dunia 2022 Qatar dengan langkah kanan apabila mencatat kemenangan 2-0 ke atas Senegal pada perlawanan pertama kumpulan A.
Baca Juga:
- Pembukaan Piala Dunia 2022 Dimulakan Dengan Bacaan Ayat Al Quran
- Piala Dunia 2022: Skuad Poland Bertolak Ke Qatar Diiringi Jet Pejuang
- Karim Benzema Cedera, Terlepas Aksi Piala Dunia 2022
- FIFA Ketatkan Larangan Merokok Dan Vape Di Dalam Stadium Piala Dunia
Senegal kali ini turun tanpa bintang utamanya, Sadio Mane mengalami kecederaan ketika bermain untuk Bayern Munich. Kecederaan itu berlaku kurang dua minggu menjelang sepak mula Piala Dunia 2022.
Juara Afrika 2021 itu sebelum ini tidak pernah tewas dalam dua aksi pembukaan mereka apabila memperoleh kemenangan mengejut 1-0 ke atas penyandang juara dunia Perancis pada 2002 dan menang 2-1 mengatasi Poland pada 2018.
Dalam perlawanan itu, Belanda telah memperolehi beberapa peluang terhidang untuk menjaringkan gol pertama namun setiap rembatan mereka tersasar.
Malah, penjaga gol Senegal, Edouard Mendy turut beraksi cemerlang menafikan beberapa percubaan berbahaya yang dilakukan oleh Cody Gakpo, Vincent Janssen dan Steven Bergwijn.
Tidak banyak gerakan dapat dilakukan oleh jentera serangan Senegal ditambah pula dengan ketumpulan penyudah sekaligus menyebabkan keputusan perlawanan terikat tanpa jaringan di separuh masa pertama.
Di separuh masa kedua, Belanda kembali garang mengandakan asakan namun mereka sukar menembusi benteng pertahanan Senegal yang beraksi dengan cukup berdisiplin.
Skuad kendalian Louis Van Gaal itu nyaris dibolosi pada minit ke 72 menerusi serangan balas Senegal namun rembatan kencang Idrissa Gueye berjaya ditepis oleh penjaga gol, Andries Noppert.
Ketika perlawanan seakan-akan berakhir dengan keputusan 0-0, Belanda berjaya menjaringkan gol pertama menerusi tandukan belakang Cody Gakpo selepas menerima umpanan cantik daripada Frenkie De Jong pada minit ke 84.
https://twitter.com/UtdFaithfuls/status/1594749612841369600?s=20&t=vlGfc_DSkVWK5xvvYkuLbA
Bagaimanapun, jaringan tersebut tidak mematahkan pemain Senegal untuk terus mengasak ke kubu lawan namun masih gagal menemui gol penyamaan sekaligus mengesahkan 3 mata menjadi milik Belanda.
10 minit kemudian, Belanda menambah satu lagi gol hasil kesilapan Mendy yang gagal menangkap kemas bola rembatan Memphis Depay lalu disudahkan oleh Davy Klaassen.
DAVY KLAASSEN DOUBLES THE LEAD OFF OF ANOTHER HUGE MISTAKE FROM EDOUARD MENDY!!!https://t.co/EvpzZQEkB1
— Football Report (@FootballReprt) November 21, 2022
Keputusan 2-0 bermakna Belanda kini berada di tangga kedua kumpulan A di belakang Ecuador yang menewaskan tuan rumah, Qatar, 2-0 pada perlawanan pembukaan semalam.