Sepp Blatter mengakui bahawa pemilihan Qatar sebagai penganjur Piala Dunia adalah satu kesilapan. Dan ianya ada kaitan dengan unsur unsur korupsi.
Blatter berkata, Qatar tidak layak menjadi penganjur Piala Dunia kerana beberapa faktor.
Sepp Blatter menjelaskan bahawa, jika mengikut pendapatnya, Qatar tidak akan dipilih untuk menjadi negara penganjur. Bekas presiden FIFA itu menjelaskan mengapa dia tidak menyokong hak penganjuran diberikan ke semenanjung Timur Tengah.
Blatter berkata: “Ia negara terlalu kecil. Bola sepak dan Piala Dunia terlalu besar untuk itu.”
Blatter, yang dibebaskan daripada tuduhan rasuah musim panas lalu, memberitahu Tages-Anzeiger. “Pemilihan untuk Qatar sebagai penganjur adalah satu kesilapan. Pada masa itu, kami bersetuju dalam jawatankuasa eksekutif bahawa Rusia akan mememenangi hak Piala Dunia 2018 dan AS pada 2022.”
“Itu akan menjadi tanda keamanan jika dua lawan politik lama akan menganjurkan Piala Dunia satu demi satu secara berturutan.”
“Seminggu sebelum kongres FIFA 2010, Michel Platini menelefon saya untuk mengatakan bahawa rancangan kami tidak akan berjaya,” Blatter mengimbas kembali tempoh di mana Qatar dianugerahkan Piala Dunia.
Sepp Blatter admits awarding Qatar the World Cup was a mistake 🗣️ pic.twitter.com/gR7WtoSzJv
— ESPN FC (@ESPNFC) November 8, 2022
Blatter dijemput ke istana Presiden Sarkozy yang baru sahaja makan tengah hari bersama Putera Mahkota Qatar.
Sarkozy memberitahu Platini: “Lihat apa yang anda dan rakan-rakan UEFA boleh lakukan untuk Qatar apabila Piala Dunia dianugerahkan kepada mereka.’ Saya kemudian bertanya kepadanya: sekarang macamana?”
“Dia kemudian berkata: ‘Sepp, apa yang anda akan lakukan jika presiden anda meminta sesuatu? ‘ Saya kemudian memberitahunya bahawa soalan itu tidak ada kaitan dengan saya kerana kami tidak mempunyai presiden di Switzerland.”
Blatter seterusnya mengakui bahawa perkara itu memang ada kaitan dengan wang dan unsur unsur korupsi. Ini kerana hanya selepas 6 bulan selepas Qatar memenangi hak penganjuran Piala Dunia 2022, negara itu telah membeli jet pejuang dari Perancis.
“Ternyata situasinya seperti ini, kerana empat undian [dilobi] Platini, Piala Dunia akhirnya pergi ke Qatar dan bukannya Amerika Syarikat. Itulah kebenarannya.”
“Sudah tentu ia juga mengenai wang. Enam bulan kemudian, Qatar membeli jet pejuang daripada Perancis dengan harga $14.6 billion.”
Blatter: 'The 2022 World Cup was supposed to go to the US. A week before the FIFA-convention Platini called me that he had just spoken with the French president Sarkozy, who told him to vote for Qatar. Six months later Qatar bought fighter jets from France for 14.6 billion dollar pic.twitter.com/WhlVJDRsxz
— USMNT Only (@usmntonly) November 8, 2022