Juara Piala Asia 2019 dan juga tuan rumah Piala Dunia 2022, Qatar akan beraksi dalam pusingan kelayakan Piala Dunia 2022 zon eropah (UEFA) dan bakal diletakkan dalam salah satu kumpulan yang terdiri daripada lima pasukan.
Ia juga merupakan peluang terbaik untuk Qatar membuat persiapan awal menjelang kejohanan bola sepak terbesar dunia yang akan berlangsung pada November dan Disember 2022.
Menurut laporan Independent, Qatar akan diletakkan dalam kumpulan A bersama Ireland, Portugal, Luxembourg, Serbia dan Azerbaijan. Namun, sebarang keputusan perlawanan yang membabitkan Qatar tidak akan dikira untuk kelayakan.
#CONFIRMED: FIFA World Cup 2022 hosts Qatar have been invited to participate in European Qualifying Group A by UEFA, to help them prepare for the tournament.
Qatar will play friendly games against Portugal, Serbia, Republic of Ireland, Luxembourg and Azerbaijan. pic.twitter.com/1Zk52f6F7N
— Asian Football (@AsianFootballs) December 9, 2020
Qatar menjadi pasukan pilihan dari Asia bagi menyertai kempen kelayakan itu hasil perbincangan diantara Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dengan Persekutuan Bola Sepak Eropah (UEFA).
Ini bukan kali pertama Qatar terlibat dalam pertandingan dari benua lain kerana mereka telah pun menyertai Copa America pada tahun 2019 dan turut akan menyertai kejohanan yang sama pada 2021.
Selain itu, Qatar juga dijemput beraksi dalam kejohanan Piala Emas (Gold Cup) anjuran Konfederasi Bola Sepak Amerika Utara, Tengah dan Caribbean (CONCACAF) di Amerika Syarikat pada tahun depan dan juga 2023.
Jadual rasmi semua perlawanan yang melibatkan semua pasukan termasuk Qatar akan diumumkan oleh UEFA pada hari selasa depan.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.
Tarikh Kejohanan AFF Suzuki Cup Diubah Lagi, Akan Berlangsung Pada Bulan Disember 2021
Hulk Tinggalkan Shanghai SIPG, Tidak Sehaluan Dengan Pengurus
Zoran Mamic Hampir Pasti Galas Tugas Ketua Jurulatih UAE, Gaji RM22 Juta Dengan Kontrak 2 Tahun