Tuan rumah Piala Asia 2023, Qatar membuat kejutan apabila mengatur perlawanan persahabatan antarabangsa menentang pasukan di ranking 178 dunia, Kemboja pada 31 Disember ini.
Baca Juga:
- Presiden FFC Letak Jawatan Selepas Kemboja Tewas Kepada Myanmar
- Delegasi Kemboja Ke Malaysia Belajar Cara Urus Liga Daripada MFL
- Keisuke Honda: Kemboja Perlukan Waktu Lama Untuk Mencapai Tahap Thailand Dan Vietnam
Menurut kenyataan rasmi Persatuan Bola Sepak Kemboja, perlawanan tersebut adalah jemputan daripada Persatuan Bola Sepak Qatar untuk menguatkan hubungan kerjasama.
Qatar yang juga tuan rumah Piala Dunia 2022 menjadikan perlawanan tersebut sebagai pemanas badan sebelum aksi pembukaan Piala Asia 2023 menentang Lubnan di Stadium Lusail pada 12 Januari 2024.
Difahamkan perlawanan ini berlangsung di luar kalendar FIFA dan sebarang keputusan tidak akan memberi kesan pada jumlah mata ranking FIFA.
Kemboja tidak layak secara merit ke Piala Asia 2023 dan mereka juga turut tersingkir daripada pusingan kelayakan Piala Dunia 2026 selepas tewas 0-1 kepada Pakistan.
Aksi menentang Qatar merupakan perlawanan berkualiti pertama Kemboja yang kini dalam proses ‘reset’ dalam persiapan menghadapi kelayakan Piala Asia 2027.
π INTERNATIONAL FRIENDLY MATCH
31/12 | Qatar πΆπ¦ π π°π Cambodia
π The match wil be held in Doha, Qatar#FFC pic.twitter.com/CGIiOMeBQf
— ASEAN FOOTBALL (@theaseanball) October 30, 2023
Bekas pengurus, Keisuke Honda sebelum ini menegaskan skuad Kemboja memerlukan waktu yang cukup lama untuk mencapai tahap dua pasukan terbaik di Asia Tenggara ketika ini iaitu Thailand dan Vietnam.
“Secara realistiknya, kita tidak boleh melompat. Kita tidak boleh mengubah sesuatu secara drastik. Kita memerlukan sekurang-kurangnya 10 atau 20 tahun untuk mencapai tahap seperti mereka.
βIa satu perancangan jangka panjang. Apa yang perlu kita lakukan terlebih dahulu ialah menerapkan budaya bola sepak di negara ini.
“Negara seperti Thailand dan Vietnam telah melabur banyak dalam bola sepak. Jika mahu seperti mereka, negara ini perlu melabur lebih banyak dan melakukan perubahan dari semua sudut,β jelasnya.