Malaysian Football League (MFL) bersama dengan jenama sukan global PUMA serta rakan penajanya – ACTIVE SPORTS hari ini melancarkan bola rasmi bagi saingan Liga Malaysia 2023 iaitu PUMA Orbita MFL 1.
Baca Juga:
- PUMA Jadi Pembekal Bola Rasmi Liga Malaysia Sehingga 2024
- Puma Orbita 2 Bola Rasmi Pertandingan Domestik FAM
- MFL Lancar Bola Rasmi Liga Malaysia 2022 Bertemakan Warna Jalur Gemilang
Penggunaan PUMA Orbita MFL 1 selaku bola rasmi menjadikan Liga Malaysia turut mengikuti jejak langkah dua liga terkemuka dunia iaitu LaLiga di Sepanyol dan Serie A di Itali selain pertandingan EFL termasuk Sky Bet Championship, League One, League Two, Carabao Cup and Papa John’s Trophy.
PUMA Orbita MFL 1 bakal membantu setiap pemain memperagakan prestasi terbaik di atas padang seiring perkembangan sukan bola sepak yang sentiasa mengalami perubahan di pentas antarabangsa.
🆕⚽️ Bola rasmi baharu musim 2️⃣0️⃣2️⃣3️⃣
PUMA Orbita MFL 1 bakal digunakan dalam semua pertandingan Liga Malaysia 2023!
Anda sudah bersedia untuk musim baharu? 🤩#LigaMalaysia2023 pic.twitter.com/2U2R91e0mP
— Malaysian Football League (@MFL_MY) February 9, 2023
Bola edisi khas ini dihasilkan menerusi teknologi moden di mana ia direka menerusi frekuensi tinggi untuk pengekalan bentuk yang sangat baik, ketahanan dan mengurangkan penyerapan air.
Konfigurasi 12 panel yang unik mengurangkan bilangan jahitan yang menghasilkan panel yang lebih besar untuk sambungan yang lebih baik dengan bola.
Permukaan PU bertekstur 3D 1.2mm yang disepadukan bagi tujuan aerodinamik mampu meningkatkan daya ketahanan manakala POE foam dapat meningkatkan sensitiviti, memberikan sentuhan lebih teguh serta konsistensi lantunan yang lebih baik.
Pemilihan ‘rubber bladder’ yang digunakan serta teknologi PAL (Puma Air Lock) memberikan banyak kualiti tambahan semasa bola di udara dan lantunan yang seimbang.
Logo besar PUMA juga boleh dilihat dipermukaan bola bersama dengan logo MFL. Bola PUMA Orbita MFL 1 ini boleh didapati secara eksklusif di ACTIVE SPORTS dan kedai PUMA terpilih dengan harga RM579.