PSG terus berusaha memburu pemain tengah untuk menguatkan lagi pasukan mereka. Terbaru, PSG dilaporkan serius mahukan Paul Pogba.
Salah satu sebab PSG yakin akan dapat menarik Pogba adalah projek kelab mereka selepas berjaya meyakinkan Neymar untuk terus kekal.
Dari segi gaji pastinya tidak ada pernah ada masalah untuk PSG membayar pemain tersebut.
Tetapi oleh kerana FFP, L’Equipe menegaskan bahawa PSG harus menjual beberapa pemain mereka kerana sudah mendapatkan Georginio Wijnaldum, Sergio Ramos, Gianluigi Donnarumma serta Achraf Hakimi.
Ini untuk mengurangkan bil gaji pemain mereka yang sangat tinggi selepas melanjutkan kontrak Neymar dan dijangka disusuli oleh Mbappe selepas ini.
Pogba masih belum melanjutkan kontraknya di United yang akan berakhir kira kira setahun lagi. Sebelum ini pemain tengah antarabangsa Perancis itu dikaitkan dengan kepulangan semula ke Juventus.
Melihatkan keadaan Pogba di United, PSG memasuki persaingan untuk mendapatkan pemain tersebut.
PSG malah sedia untuk membeli pemain itu pada jendela perpindahan kali ini dengan tawaran €50 juta sehingga €60 juta ataupun sekitar £42-£50 juta.
Jadi dalam beberapa minggu ini, PSG harus menjual pemain walaupun FFP memberikan lebih kelonggaran kepada kelab dari segi angka hutang.
PSG are in discussions with Paul Pogba's entourage and the player seems more and more open to the idea of joining PSG. [RMC] pic.twitter.com/b8dH3u52Ya
— Transfer News (@TransfersLlVE) July 5, 2021
L’Equipe turut mendedahkan bahawa PSG sedia menjual pemain mereka untuk menjana €150 juta. Nama Kylian Mbappe antara yang disebut sebut berada dalam senarai, jika ada kelab mahu menawarkan harga besar kepada mereka.
Selain itu Alphonse Areola, Thilo Kehrer dan Pablo Sarabia antara 3 nama yang memang sudah dibuka untuk bidaan.
Leonardo sudah berikrar akan cuba membawa pemain tengah baharu selepas Mauricio Pochettino kurang berpuas hati dengan pemain yang ada terutama sekali Ander Herrera dan Rafinha.
Beberapa pemain yang sah akan terus kekal ialah Julian Draxler, Danilo Pereira yang baru melanjutkan kontrak mereka.
Seterusnya Idrissa Gueye merupakan pemain yang digemari Pochettino.
Manchester United dikatakan sudah bersedia untuk berdepan sebarang kemungkinan kehilangan Pogba sejak dari awal lagi.
United dalam pemburuan untuk mendapatkan pemain muda Eduardo Camavinga.
Eduardo Camavinga is the perfect solution to Manchester United's Paul Pogba problem #MUFC https://t.co/zq4AoLRo0a
— Man United News (@ManUtdMEN) July 8, 2021
Namun Ole Gunnar Solskjaer masih berharap Pogba akan terus kekal bersama dengan United kerana pemain itu dianggap pemain penting untuk projek beliau.
Baca juga artikel
Insiden Video Rasis, Konami Tamatkan Kontrak Griezmann, Rakuten Minta Penjelasan Barcelona