England berjaya mara ke final pertama mereka dalam pertandingan major buat pertama kalinya selepas 55 tahun. Ini selepas skuad Tiga Singa menewaskan Denmark dengan kemenangan 2-1 (AET).
Aksi 90 minit berakhir dengan 1-1. Namun England berjaya menjaringkan gol pada minit ke-104 masa ekstra menerusi Harry Kane.
Ianya berpunca daripada sepakan penalti yang dimenangi oleh Sterling. Kane melakukan percubaan yang diselamatkan oleh Kasper Schmeichel, namun kapten England itu berjaya melakukan susulan yang membuatkan bola masuk.
Arsene Wenger ternyata tidak berpuas hait dengan VAR adlam perlawanan ini. Menurut Wenger, VAR telah membuatkan pengadil kecewa selepas gagal membantu pengadil memberikan pengadilan terbaik untuk insiden penalti itu.
Pada pandangan Wenger, penalti tersebut sebenarnya tidak tepat. Ini kerana Sterling jatuh dengan terlalu mudah selepas bola hilang dari kawalannya.
Bercakap kepada BeIN Sports, Wenger berkata: “Itu bukannya penalti [untuk insiden melibatkan Sterling]”
Arsene Wenger on BeIN: "That's not a penalty. I don't understand why in situations like they don't let the referee to go and look at the screen. In a moment like that, he has to be absolutely sure. VAR let the referee down." #EURO2020 pic.twitter.com/07Nmvjren2
— Aadoo #FreePalestine🇵🇸 (@Aadozo) July 7, 2021
“Saya tidak tahu kenapa pengadil tidak pergi ke skrin [untuk melihat semulan insiden itu]. Dalam momen yang penting seperti itu, sangat penting untuk pengadil membuat keputusan kerana dia benar benar yakin [itu adalah penalti].”
“Penalti itu agak tidak jelas dan VAR membuatkan pengadil kecewa.”
Bekas pengadil EPL yang kini bertugas menjadi pakar ulasan pengadilan di BeIN, Mark Clattenburg bersetuju dengan Wenger, bahawa itu bukan penalti.
Wenger menambah: “Apabila pengadil sendiri setuju dengan kita, kamu nak cakap apa lagi, bukannya selalu perkara ini berlaku [pengadil setujub dengan pundit].”
Arsène Wenger on Mark Clattenburg agreeing that it was not a penalty: "If the referees agree with us, what can you say, that doesn't often happen!" (BeIN)
— Get French Football News (@GFFN) July 7, 2021
Selain daripada Wenger, seorang lagi pengurus, Jose Mourinho juga merasakan bahawa England tak sepatutnya mendapat sepakan penalti.
“Itu bukan penalti sama sekali. Terutama sekali dalam peringkat seperti ini – separuh akhir di Euro. Saya tak faham dengan keputusan pengadil.”
“It was NEVER a penalty!” ❌
“Especially at this level, the semi-final of a Euro. I don’t understand the decision.”
José Mourinho says England should NOT have been given their penalty v Denmark. pic.twitter.com/MKiEYk6K12
— talkSPORT (@talkSPORT) July 7, 2021
Baca juga artikel
Euro 2020: Atasi Denmark, England Layak Ke Final Buat Pertama Kali
Soutghate: “Saya Tahu Denmark Ada Euro & England Tak Ada Sejarah Bola Sepak Yang Bagus”
Kasper Schmeichel: “Pernahkah Bola Sepak Itu ‘Coming Home’? Kamu Pernah Menang [Euro] Ke?