Penggunaan Video Assistant Referee (VAR) dilaporkan semakin menghampiri Liga Perdana Singapura (SPL) apabila segala usaha untuk merealisasikan teknologi tersebut dalam saingan liga negara jiran itu sedang berjalan dengan baik.
Baca Juga:
- Lion City Sailors Juara Liga Singapura 2021, Pecahkan Dominasi Kelab Luar
- Media Antarabangsa Cadangkan Liga Malaysia Gunakan Khidmat VAR
- Subkhiddin Salleh Anggap Liga Malaysia Belum Bersedia Gunakan Khidmat VAR
Menurut laporan laman sesawang rasmi Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS), projek yang diketuai oleh Nazeer Hussain yang juga merupakan pengarah unit pengadil di FAS dilaporkan berada di landasan terbaik.
Malah, Nazeer turut melaungkan keyakinan bahawa teknologi tersebut sudah boleh diimplementasikan dalam kancah liga tempatan pada musim hadapan.
“Keseluruhan proses pelaksanaan VAR boleh mengambil masa antara 12 hingga 18 bulan mengikut Program Bantuan dan Kelulusan Pelaksanaan (IAAP) yang dibangunkan oleh FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa).”
“Terima kasih di atas dedikasi, komitmen dan dorongon kedua-dua pengadil dan tenaga pengajar yang berkelayakan. Tidak dilupakan juga kakitangan daripada Jabatan Pengadil FAS dimana kami dapat bekerja denga cukup berkesan dalam tempoh yang singkat.”
“Kami pada ketika ini berada di peringkat ketiga daripada lima peringkat IAAP yang memberikan tumpuan kepada penyediaan dan latihan pegawai perlawanan dan teknologi VAR.”
“Sesi latihan berjalan dengan lancar dan kami sedang dalam proses menjadualkan lawatan untuk pegawai FIFA turun dan menilai perkembangan projek kami seterusnya meluluskan penggunaan VAR di Singapura.”
“Masih ada kerja yang perlu dilakukan, tetapi jika semuanya berjalan lancar, kami yakin dapat melaksanakan VAR dalam SPL tahun depan,” ujar Nazeer Hussain.