Skuad kebangsaan Korea Selatan masih lagi bergelut untuk meraih kemenangan di bawah bimbingan Jurgen Klinsmann dimana mereka seri ketika berdepan Wales dalam satu aksi persahabatan antarabangsa baru-baru ini.
Baca Juga:
- Jurgen Klinsmann Percaya Korea Selatan Mampu Jadi Kuasa Besar Bola Sepak
- Vietnam Bakal Uji Kekuatan Korea Selatan
- Vietnam Atur Aksi Persahabatan Menentang Korea Selatan
Sebelum aksi menentang Wales, Korea hanya mampu mencatat dua keputusan seri dan mengalami dua kekalahan dalam empat perlawanan persahabatan.
Jurgen Klinsmann sudahpun berada di bawah tekanan dan menerima kritikan hebat di atas prestasi hambar Korea Selatan dan keputusan selepas bertemu Wales menambah lagi tekanan kepada beliau dan skuad kebangsaan.
Menurut laporan media tempatan, pasukan kebangsaan mereka tidak mampu untuk mencipta peluang dan menampilkan prestasi yang hambar.
“Wales tampil dengan lebih baik dimana mereka mencipta beberapa peluang. Mereka mampu untuk memecahkan benteng pertahanan dan hampir menjaringkan gol.
“Manakala Korea bergelut untuk mencipta peluang. Ketua pasukan, Son Heung-min beberapa kali cuba untuk memberi ancaman kepada benteng pertahanan lawan namun tidak berjaya.
Media tersebut turut menganggap Klinsmann sebagai ketua jurulatih paling teruk dalam sejarah bola sepak Korea dimana pasukan itu gagal memenangi sebarang perlawanan dalam lima aksi pertama dibawah bimbingan ketua jurulatih baharu.
Prestasi tidak memberangsangkan ini memburukkan lagi keadaan bagi bekas pemain skuad kebangsaan Jerman itu dimana sebelum ini, peminat mempersoalkan pelantikan beliau sebagai pengendali.
Klinsmann dianggap mempunyai karier yang biasa sahaja dalam bidang kejurulatihan serta lebih banyak meluangkan masa di Amerika Syarikat berbanding di Korea.