PR kepada Sadio Mane, Bacary Cisse telah menuduh Bayern Munich bersikap melindungi Leroy Sane yang rasis ke atas Mane.

Sadio Mane terlibat dalam insiden di mana dia telah menumbuk muka Leroy Sane kerana mencarutinya di atas padang ketika aksi berhadapan Manchester City.

Sadio Mane kemudian dilaporkan telah dikenakan tindakan oleh kelab.

Namun Cisse menafikan Mane dikenakan tindakan oleh kelab. Sebaliknya Sane yang meminta maaf kepada Mane kerana sedar dia telah melakukan kesilapan bodoh.

Kenyataan panas itu dilontarkan menerusi RMC Sports. PR Sadio Mane itu berkata:

“Semua orang yang ada ilmu tentang bola sepak Eropah tahu bahawa Leroy Sane seorang yang sangat biadap, suka merendah rendahkan orang lain.”

“Sementara itu Sadio Mane seorang yang sangat tenang, dan itu dia sudah tunjukkan di mana sahaja dia bermain.”

“Sane sudah melampaui batas. Banyak perkara yang tak betul ditulis media tentang apa yang mereka. Banyak benda yang kotor keluar dari ‘mulut’ meda Jerman.”

“Mereka memihat kepada Sane dan menentang Sadio Mane. Mereka melaporkan Mane didenda €500 ribu, ternyata itu satu pembohongan.”

“Leroy Sane yang datang meminta maaf daripada Sadio selepas insiden itu. Kenapa? Sebab dia tahu dia telah buat benda bodoh.”

“Dia [Sane] telah menghubungi beberapa pemain lain dan memberitahu mereka: ‘Saya dah hantar mesej kepada Sadio, suruh dia balas’.”

“Sadio kemudian membalas mesej itu dan menerima permohonan maaf itu. Memberitahu dia agar perkara seperti itu tidak berlaku lagi.”

“Sadio telah diejek secara rasis oleh Sane? Ya, itu betul. Saya tak boleh pergi ke butiran lebih terperinci. Itulah sebabnya saya merasakan Bayern dari pihak Bayern mereka jelas tidak menghargai Mane.”

“Jika warna kulit Mane mengganggu Leroy Sane, maka ia juga akan mengganggu mereka yang sedang mengendalikan Bayern kerana mereka sendiri tak faham kenapa mereka membayar wang yang banyak ke atas pemain ini.”

Sadio Mane sudah berpindah ke Al Nassr selepas dia dimaklumkan dia tiada dalam perancangan Thomas Tuchel walaupun Mane berusaha untuk mempertahankan kedudukannya di kelab itu.