Sebuah portal sukan terkenal Thailand, SiamSport hari ini mendedahkan bahawa ejen pemain bintang skuad kebangsaan mereka yang kini beraksi untuk Hokkaido Consadole Sapporo, Chanathip Songkrasin telah menghantar profile pemain itu kepada sebuah kelab La Liga.
Menurut artikel itu juga, sumber mereka menyatakan bahawa kelab Elche CF sebenarnya telah membuat tawaran kepada Hokkaido Consadole Sapporo selepas mempertimbangkan saingan J.League 2020 akan tamat sekitar bulan Disember nanti dan pada masa yang sama jendela perpindahan kedua di Sepanyol mula dibuka.
Jika menjadi kenyataan, Chanathip Songkrasin akan mula beraksi dengan kelab itu pada pusingan ke-2 La Liga serta muncul sebagai pemain ke-2 dari Thailand ‘merumput’ dalam aksi liga tersohor dunia selepas Teerasil Dangda melakukannya ketika bersama Almeria satu ketika dahulu.
Kelab Hokkaido Consadole Sapporo yang kini dikatakan mengalami masalah kewangan yang agak meruncing dilihat sebagai faktor utama persetujuan tersebut akan dicapai dan ini dibuktikan apabila kelab itu turut melepaskan penyerang utama mereka Musashi Suzuki ke Beerschot dalam aksi Liga Belgium tidak sampai 2 bulan yang lalu.
Elche CF, sebuah kelab yang berpangkalan di Elx musim ini beraksi dalam saingan La Liga apabila berjaya lolos melalui pusingan play-off dan kini berada dikedudukan ke 17 mengutip 3 mata dari 2 perlawanan pertama musim 2020/2021.
Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kamiĀ sediakan untuk anda.
Kedah Guna Nama Darulaman FC (DFC), Rekaan Logo Baharu Pasukan Bakal Cetus Kontroversi Dari Peminat
RTM Sports Akan Siarkan LIVE Perlawanan CIMB Liga Super JDT Bertemu Sabah Jumaat Ini