Perlawanan ke 10 saingan CIMB Liga Super diantara pasukan Johor Darul Ta’zim dan Sabah pada Jumaat, 2 Oktober 2020 nanti akan disiarkan secara langsung oleh RTM Sports.

Maklumat ini adalah berdasarkan jadual siaran yang telah dikeluarkan oleh pihak RTM melalui laman web rasmi mereka selepas kami membuat tinjauan dan mendapati siaran perlawanan itu akan bermula pada jam 8.30 malam.

Siaran itu yang diletakkan dibawah saluran RTM Sports dan penonton boleh menyaksikan perlawanan menggunakan 2 platform iaitu secara online menggunakan MyKlik serta melalui televisyen menggunakan myfreeview TV dimana saluran RTM Sports adalah ditetapkan pada channel 111.

A07E1628-BE38-45CB-8374-89C87A252A1A

Perlawanan yang dijadualkan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim itu juga dijangka bakal menyaksikan pasukan JDT menjulang kejuaraan Liga Super Malaysia buat kali ke-7 berturut-turut, dimana mereka hanya memerlukan sekurang-kurangnya 1 mata bagi mengesahkan kejuaraan.

Sabah pula yang masih segar dengan kemenangan penting 3-2 keatas Melaka tempoh hari akan cuba membawa pulang mata bagi membolehkan mereka menjarakkan kedudukan untuk terus kekal berada dalam saingan Liga Super musim 2021.

FB8D486C-B260-4461-97E9-AC8132D2AC9F

Dengan 9 mata dikutip setakat ini, Sabah masih belum selamat sepenuhnya dan 2 perlawanan terakhir adalah amat kritikal untuk menentukan masa depan pasukan itu musim hadapan.

Apa pun, tahniah kepada RTM diatas inisiatif yang diambil untuk menyiarkan perlawanan Liga Super dan diharapkan akan terus memberikan khabar yang lebih baik kepada peminat bola sepak tempatan khususnya.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami  sediakan untuk anda.

12 Pasukan Selesai Lengkapkan Penswastaan Kelab, 9 Lagi Masih ‘On The Way’

Mario Gomez Rindu Melatih Pasukan Liga Malaysia, Minat Untuk Bersama Selangor Jika Ada Tawaran

Safawi Rasid Dan Jafar Salmani Untuk Perancangan Jangka Masa Panjang, Perlu Masa Untuk Adaptasi ‘Dunia Baru’