Kelab Belgium, OH Leuven sedia melepaskan penjaga gol skuad kebangsaan Thailand, Kawin Thamsatchanan secara percuma bagi memastikan pemain itu mendapat minit bermain yang cukup.
Kawin menyertai OH Leuven pada 2018 lalu namun beliau sedikit bergelut bagi mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama kelab yang beraksi di divisyen kedua liga bola sepak Belgium itu.
Pemain berusia 31 tahun ini kemudiannya dipinjamkan ke kelab J. League, Consadole Sapporo pada awal tahun ini. Akan tetapi, Kawin sekali lagi bergelut untuk mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama.
Setakat ini, Kawin hanya beraksi dalam saingan Emperor’s Cup dan masih menunggu peluang untuk membuat penampilan pertama dalam saingan J. League.
Kelab Thai League 1, Port FC dikhabarkan berminat untuk mendapatkan Kawin bagi memperkuatkan benteng pertahanan pasukan.
Port yang diuruskan oleh Nualphan Lamsam atau Madame Phang itu ketika ini menduduki tangga ketiga dalam carta Thai League 1.
Baca artikel lain mengenai Kawin Thamsatchanan di sini:
Kawin Thamsatchanan Jadi Pilihan Utama Jaga Pintu Gol Consadole Sapporo